Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

Enam ditahan bantu kes lelaki mati ditetak

KLANG 23 Julai 2015 - Polis menahan enam suspek lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai serbaneka di Kampung Jawa, Klang awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata kesemua suspek yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Klang bermula semalam dan

hari ini.

"Kesemua mereka akan direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Mangsa, Vijayan Rajagopal berusia 40-an berasal dari Jalan Labu, Seremban ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan kedai berkenaan dengan kesan tetakan di bahagian kepala selain pergelangan tangan

kanan mangsa terputus dalam kejadian itu.

    Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa bersama tiga lagi rakannya sedang minum di hadapan sebuah kedai serbaneka di Kampung Jawa, Klang sebelum didatangi lapan individu menaiki motosikal.

"Empat daripada mereka kemudian menyerang mangsa dan rakannya, menggunakan parang. Rakan mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri," katanya yang menambah motif kejadian dipercayai akibat dendam.

- Bernama
 image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:20:17 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page