Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Didakwa tawar pelaburan tidak wujud

KLANG 21 Julai 2015 - Tiga ejen pelaburan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 56 pertuduhan menawarkan pelaburan yang tidak wujud kepada tujuh individu membabitkan kerugian berjumlah RM172,390.

K.Barkathunnisa, 35, dan S.Yogeswaran, 34, didakwa atas 47 pertuduhan sementara V.Lavitha, 23, menghadapi sembilan pertuduhan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Penolong Pendaftar Mohd Aphis Zainal Abidin.

Kesemua tertuduh didakwa telah memperdayakan tujuh individu untuk mempercayai bahawa mereka (tertuduh) menawarkan pelaburan yang tidak wujud dan dengan curang mendorong kesemua mangsa untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM172,390 sebagai bayaran pelaburan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara 25 Mac sehingga 31 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Barkathunnisa dan Yogeswaran dibebaskan dengan jaminan RM20,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan, dan kes mereka akan disebut semula pada 11 Ogos depan.

Sementara Lavitha dibebaskan dengan jaminan RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan kesnya akan disebut semula pada 18 Ogos depan.

Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan S. Elangovan yang mengendalikan pendakwaan turut meminta agar pasport ketiga-tiga tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Barkathunnisa dan Yogeswaran diwakili oleh peguam Paul Selvam sementara peguam Lim Yoi Ping hadir bagi pihak Lavitha. - Bernama
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:20:01 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page