Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Penduduk ucap terima kasih keprihatinan kerajaan

KLANG 13 Julai 2015 - Penduduk sekitar kawasan ini melahirkan rasa syukur apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju meluluskan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi pembinaan Surau Al-Hidayah, Kampung Baru Satu, Jalan Kebun, di sini.

Pengerusi BN Parlimen Kota Raja, Datuk Ir Kamaruzzaman Johari berkata, kelulusan secara Outright Grant (OG) dipersetujui oleh Perdana Menteri bagi menampung sebahagian kos pembinaan surau baru yang dianggarkan sekitar RM500,000 itu.‎
 
Menurutnya, pembinaan surau itu secara tidak langsung dapat menampung bilangan jemaah yang makin bertambah dan pada masa yang sama membolehkan pihak surau mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan kelak serta beribadat dengan lebih selesa.
 
“Saya berasa terharu dengan keprihatinan Perdana Menteri yang memahami kehendak dan keperluan rakyat terutama umat Islam di kawasan ini melalui kelulusan yang diberi.
 
“Malah penduduk juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas usaha yang dilakukan semua pihak dalam menjayakan pembinaan surau ini nanti,” katanya pada satu majlis ringkas penyerahan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada pembangunan semula surau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Hidayah, Abdul Aziz Mohd Ali di sini.
 
Hadir sama pada majlis itu ialah Nazir Masjid An-Naim, Jalan Kebun, Samsuddin Shaari, pemimpin setempat dan ahli kariah.
 
Menurutnya, dengan pembinaan surau itu kelak diharap masyarakat setempat dapat memperbanyakkan majlis ilmu yang dapat membentuk keperibadian murni setiap umat Islam serta mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim sesama penduduk.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:19:54 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page