Pada asalnya, Pejabat Daerah dan Tanah Klang beroperasi di Kompleks Jabatan - Jabatan Kerajaan di Jalan Kota, Klang yang kini telah ditadbir urus oleh Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID). Selari dengan arus perkembangan dan cabaran pada masa kini, maka Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pembinaan Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Klang bagi menangani masalah ruang kerja, pertambahan kakitangan dan beban tugas. Kompleks ini telah dibina ini di atas tapak berkeluasan 13.475 ekar serta dilengkapi dengan Dewan Serbaguna, Surau dan Taska. Selain daripada itu, Rumah Banglo Pegawai Daerah Klang dan Orang Besar Daerah Klang turut berada di dalam kawasan kompleks ini.
Lokasi Pejabat Daerah dan Tanah adalah amat strategik serta mempunyai pemandangan panorama dari Persiaran Kota menuju ke Pelabuhan Klang dan merupakan mercu tanda di kawasan ini, manakala lokasi Dewan, Surau dan Taska diletakkan di kawasan belakang kerana tidak melibatkan pengurusan dengan masyarakat tetapi lebih kepada kegunaan kakitangan kerajaan, Majlis Perasmian Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Klang ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al - Haj pada 29 Mac 2010 yang lepas, maka dengan ini bermulalah era baru dalam sejarah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Klang.
AI Chatbot Selangor
Tanjung (BETA)
Hai! Saya AI Chatbot Selangor, pembantu peribadi pintar anda yang boleh menjawab persoalan mengenai maklumat perkhidmatan dan direktori Portal Selangor.
Klik Mula Chat bagi memulakan sesi.
Penafian: Seperti AI lain, AI Chatbot Selangor boleh membuat kesilapan. Sila semak maklumat penting. Segala maklumat diperoleh melalui chatbot AI ini adalah bagi tujuan panduan umum sahaja dan bukan pandangan profesional.