Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Empat ditahan kes cuba cetuskan rusuhan di Klang

KLANG, 07 Ogos 2015 – Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku ketika majlis perarakan mengiringi mayat seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Jalan Kereta Api Lama, Kapar, di sini, kelmarin.
 
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 6 petang bermula selepas pengiring majlis berkenaan dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta ketika pemandunya melalui persimpangan lampu isyarat di kawasan berkenaan.
 
Tindakan itu mengundang padah apabila pemandu kereta berkenaan 'naik angin' lalu bertindak memanggil beberapa rakannya  yang kemudian memecahkan cermin hadapan sebuah kereta lain yang diletakkan di situ.
 
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, susulan laporan polis yang dibuat, pihaknya berjaya menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
 
“Kesemua mereka berusia 15 hingga 23 tahun ditahan kira-kira jam 8 hingga 12 malam kelmarin.
 
“Mereka direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan rusuhan,” katanya.
 
Mengulas lanjut berkenaan viral yang tersebar di aplikasi WhatsApp meminta orang ramai agar berhati-hati ketika berada di kawasan Kapar kerana terdapat pergaduhan melibatkan ketua-ketua gangster, Mohd Shukor berkata, viral itu tidak benar dan pihaknya memandang serius perkara itu.
 
“Kita akan siasat perkara ini dan tindakan sewajarnya akan diambil kepada mereka yang menyebarkan perkara atau maklumat yang tidak benar," katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:18:56 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page