Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Dalili perlu RM33,000 lagi

KLANG, 21 Ogos 2015 - Nur Syafiqah Dalili, 2, atau Dalili yang menghidap penyakit Biliary Atresia (kegagalan fungsi hati) memerlukan sejumlah RM33,000 lagi dalam tempoh dua minggu sebelum bertolak ke China bagi menjalani pembedahan.

Bapa Dalili, Mohd Razali Samsudin, 39, berkata, sehingga hari ini (semalam) kesemua wang yang terkumpul berjumlah kira-kira RM267,000.

Menurutnya, sejak berita Dalili tersiar di Sinar Harian seminggu lalu, Dalili menerima pertambahan wang berjumlah RM17,000.

“Kami amat gembira dengan pemberian orang ramai yang bersimpati dengan nasib anak saya ini. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Dalili,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, jika dalam tempoh dua minggu jumlah RM33,000 belum mencukupi, dia akan tetap membawa Dalili ke China untuk menjalani pembedahan kerana tiket bertarikh 3 September sudah ditempah.

“Lagipun kami tak mahu  tangguhkan proses pembedahan Dalili bimbang lihat keadaannya.

“Ketika Dalili jalani pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), koktor kata pembedahan terhadapnya sesuai dijalankan ketika darahnya dalam keadaan baik,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian menyiarkan kisah Nur Syafiqah Dalili yang memerlukan wang berjumlah RM300,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan di China.

Marilah hulurkan sumbangan kepada Dalil. Salurkan ke akaun Maybank (512905525798) atas nama Mohd Razali Samsudin atau menghubunginya di talian 012-6681849.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:14:01 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page