Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Anggota polis ditetak penyamun

KLANG, 01 Okt 2015 - Seorang anggota polis bukan sahaja disamun, malah turut ditetak oleh penyerangnya dalam kejadian di rumahnya di Taman Kim Chuan, Pandamaran, di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun yang merupakan anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pandamaran baru pulang selepas keluar makan bersama rakannya sebelum diserang sekumpulan lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek walau bagaimanapun  melarikan diri selepas terperanjat  melihat mangsa  mengeluarkan sepucuk pistol.

Menurut Adnan, anggota polis itu terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan di Balai Polis Pandamaran.

"Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan menerima 10 jahitan di kepala. Keadaan mangsa kini stabil," katanya.

“Usaha menjejak tiga suspek dipercayai warga tempatan  menaiki kereta  Proton Waja warna coklat sedang giat dijalankan,” katanya.

Menurutnya, suspek sempat melarikan beg sandang mangsa yang mengandungi kelopak berisi 15 butir peluru jenis 9mm.

“Turut dilarikan adalah dua buah telefon bimbit jenis Samsung Note 4, dompet mengandungi wang tunai RM500, kad kuasa, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM Maybank dan kad insurans," katanya.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:13:13 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page