Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

‘Sebelas kali air masuk rumah’

KLANG, 17 Okt 2015 - Setiap kali hujan lebat, kawasan kediaman di Jalan Yadi, Sungai Udang pasti dinaiki air hingga melimpah masuk ke kediaman penduduk.

Situasi ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penduduk yang terpaksa mengalihkan barang ke tempat selamat, malah mereka terpaksa juga membersihkan kediaman masing-masing.

Isnin lalu sekitar jam 2 petang, sekali lagi air melimpah masuk ke kediaman penduduk dan tidak terkecuali juga Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gadong.

Penduduk, Mohd Hairy Nor Mohamad, 37, berkata, air melimpah di kawasan kediamannya hingga paras betis.

“Tahun ini saja dah lebih sebelas kali air melimpah masuk ke kawasan kediaman.

“Kami dah tak sanggup nak berdepan masalah ini. Aktiviti harian terganggu dan barang berharga terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihak berkuasa harus mencari langkah segera bagi mengatasi masalah banjir di sini.

Peniaga biskut, Jamaliah Zakaria, 56, berkata, kawasan kediaman penduduk di Jalan Yadi disifatkan rendah.

“Tapi ini bukanlah alasan untuk pihak berkuasa berdiam diri. Kenalah cari jalan bagaimana nak atasi kejadian ini, sama ada ia berpunca dari sistem saliran atau sampah sarap," katanya sambil memberitahu setiap kali hujan lebat, air masuk hingga ke kilang biskut miliknya.

Katanya, dia tidak mahu kejadian banjir besar seperti tahun 2013 berulang hingga mengakibatkan bahan-bahan membuat biskut dan kek serta peralatan berupa mesin rosak ditenggelami air.

“Kesan kejadian itu, saya rugi kira-kira RM50,000.

“Saya harap pihak berkuasa berusaha mencari jalan bagi mengatasi banjir di sini demi kesejahteraan seluruh penduduk,” katanya.

Penduduk, Nasrin  Rosli, 23, berkata, memang diakui kedudukan kediaman dan infrastruktur kawasan ini padat.

“Tapi mesti ada cara mengatasinya," katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) diwakili seorang jurutera telah turun padang membuat pemantauan dan pemeriksaan di dua pam JPS di pintu air Telok Gadong dan juga Sungai Udang.

“Pemeriksaan di Sungai Telok Gadong dan Borrow Pit mendapati semuanya sudah diselenggara.

“Menurut Jurutera JPS mereka akan tambah dua pam baru di pintu air Telok Gadong dan satu unit pam di pintu air Sungai Udang selewat-lewatnya sekitar Oktober hingga November depan,” katanya.

Menurutnya lagi, menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), JPS telah memohon untuk Rancangan Tebatan Banjir bagi Sungai Telok Gadong dan kolam takungan Telok Gadong.

“Kini ia dalam proses menunggu kelulusan dan kita dimaklumkan bahawa sistem perparitan di hadapan SK Telok Gadong adalah di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), ia perlu dinaik taraf bagi mengatasi limpahan air di kawasan tersebut.

“Sebelum ini perbincangan bersama antara Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, JKR, JPS dan MPK sudah diadakan.

“Dalam masa yang sama, MPK akan pastikan tindakan pembersihan parit atau kawasan yang diselenggara majlis ditambah baik supaya kejadian seperti Isnin lalu tak berulang dan kami sentiasa bekerjasama dengan JKR dan JPS dalam menangani isu banjir di sini,” katanya.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:03:53 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page