Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

LRT3: 'Hari ini hati saya lega'

KLANG, 21 Okt 2015 - Penduduk Taman Muhibbah di sini mengalu-alu pengumuman perubahan yang bakal dilakukan ke atas jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Johan Setia.
    
Rata-rata mereka yang hadir pada sesi pendengaran awam hari ini mengenai projek berkenaan anjuran Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), menyambut baik perubahan itu ke Pasar Besar Klang di Jalan Meru.
   
Berdasarkan perancangan awal, jajaran akan merentasi kawasan taman tersebut dengan 12 unit rumah serta lapan unit rumah kedai akan diambil alih dan dirobohkan.
   
Seorang penduduk Tan Saw Lan, 79, berkata beliau merasa amat gembira.
   
Mengikut rancangan asal, rumah dua tingkatnya yang diduduki selama 34 tahun akan turut terbabit.

"Hari ini hati saya lega. Sebelum ini saya susah hati kerana memikirkan rumah saya kena dijual dan saya perlu mencari rumah baharu," katanya.
   
Raymond Chung, 61, pula berkata laluan baharu adalah lebih selamat kerana  tidak lagi merentasi kawasan perumahannya yang padat dengan penduduk.
   
Sementara itu, Pengarah Projek LRT3, Norlia Noah berkata, Prasarana bersetuju mengubah jajaran berkenaan setelah mengambil kira pandangan serta cadangan yang diberikan oleh penduduk.
   
"Prasarana seboleh-bolehnya mahu impak sosial projek ini terhadap para penduduk adalah pada tahap paling minimum. Selain itu dengan perubahan jajaran ini, LRT3 dijangka mendapat pertambahan kira-kira 3,500 penumpang sehari," katanya.
   
Beliau berkata, perubahan jajaran itu mengakibatkan kos pembinaan bertambah  kira-kira RM350 juta berikutan pertambahan jarak sepanjang 1.2 kilometer selain perlu menambah satu lagi stesen.
   
"Mengikut perancangan asal LRT3, Prasarana akan membina 25 stesen di sepanjang jajaran, bagaimanapun dengan perubahan ini, kami membuat keputusan untuk menambah satu lagi stesen menjadikannya sebanyak 26 stesen," katanya.
   
Projek yang dijangka siap menjelang 31 Ogos 2020 itu merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, berkesan, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan kualiti hidup rakyat. - Bernama
image

Kemaskini pada 2015-10-22 12:10:22 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page