Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Lelaki bertopeng lepas tembakan amaran

KLANG, 30 Okt 2015 – Seorang peniaga emas terkejut selepas satu das tembakan dilepaskan ke udara sebagai tanda amaran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, berkata, kejadian kira-kira jam 6.45 petang, kelmarin, berlaku ketika mangsa dan rakannya yang baru selesai makan telah tiba berdekatan hotel untuk meletakkan kenderaannya jenis Toyota Fortuner.

Menurutnya, semasa mangsa membuka bonet keretanya di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, Klang, tiba-tiba didatangi sebuah teksi jenis Proton Waja.

“Teksi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu kemudian berhenti di belakang kereta mangsa.

“Kemudian, tiga lelaki yang bertopeng dan salah seorang bersenjatakan pistol telah melepaskan satu das tembakan amaran ke udara,” katanya.

Beliau berkata, suspek seterusnya telah merampas empat beg pakaian dari bonet kereta mangsa sebelum melarikan diri.

Katanya lagi, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kemudian ke lokasi kejadian dan siasatan menemui satu kelongsong peluru.

Selain itu, tiada sebarang kecederaan pada mangsa dan rakannya.

Sebelum itu, pada Isnin lalu, mangsa berusia 35 tahun bersama dua rakannya berlepas dari Batu Pahat, Johor dan membawa kira-kira empat kilogram barang kemas pelbagai jenis untuk diedarkan di sekitar Lembah Klang.

“Setakat ini punca kejadian masih disiasat dan usaha menjejak suspek tersebut masih giat dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8  Akta Senjata Api Penalti Berat (FIPA) 1971.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:03:18 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page