Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Penduduk desak henti bina tokong

KLANG, 31 Okt 2015 - Lebih 50 penduduk Kampung Meru, Kampung Budiman dan Jalan Paip mengadakan bantahan mendesak agar projek pembinaan tokong di Kampung Budiman dihentikan segera untuk menjaga sensitiviti penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Ketua Kampung Meru, Thaifor Noor berkata, projek itu harus dihentikan segera bagi mengelak berlakunya ketegangan pada masa akan datang di antara penduduk dengan pihak berkenaan.

Menurutnya, penduduk membantah pembinaan tokong itu memandangkan sudah ada sebuah rumah ibadat Buddha di hujung Jalan Meru Kiri di atas tapak seluas kira-kira 1.2 hektar.

“Bahkan terdapat juga jirat dikenali sebagai Fairy Park dan juga jirat yang dah lama dibina di mana kedudukan kedua-duanya tak sampai dua kilometer antara satu sama lain.

“Simpang di bahagian hadapan tapak tersebut merupakan laluan masuk dan keluar jirat itu hingga sering berlaku kesesakan yang mengganggu ketenteraman penduduk jika mereka mengadakan sambutan keagamaan,” katanya ketika mengetuai bantahan itu, di Jalan Paip, Meru, semalam.

Beliau berkata, melalui cadangan penambahan sebuah lagi rumah ibadat, penduduk yakin ia akan menambahkan lagi kesesakan di kawasan ini.

“Lagipun tak ada satu pun rumah keluarga beragama Buddha yang berdekatan dengan tapak tersebut yang membolehkan pihak berkenaan mendirikan rumah ibadat.

“Jiran-jiran yang hampir 100 peratus beragama Islam dah lama bersabar terhadap kesulitan yang berlaku akibat terdapatnya rumah ibadat dan jirat di sini. Jadi kita harap pihak berkuasa ambil kira sensitiviti umat Islam,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Mohd Fahrozi Alias, 57, berkata, mereka bukan bersifat rasis sebaliknya ingin menjaga keharmonian penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Pada bantahan itu, Thaifor turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon N42 (C) kawasan Meru, Kahar Muzakkir agar MPK membatalkan cadangan pembinaan projek membina tokong dengan segera.

Kemaskini pada 2016-05-20 11:58:07 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page