Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Tragedi awal pagi

KLANG, 24 Nov 2015 – Dua sahabat maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas selepas pulang menjamu selera di sebuah kedai makan, awal pagi kelmarin.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam merangkap Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian kira-kira jam 3.10 pagi berlaku ketika kereta jenis Proton Saga itu dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor ke susur Bukit Kapar.

Menurutnya, sampai di Batu 10 Jalan Kapar, kereta yang dipandu mangsa, S Ponnudurai, 21, hilang kawalan.

“Akibatnya, kereta tersebut terbabas dan masuk ke dalam sungai besar di kawasan tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat berjaya menemui pemandu kereta berkenaan sebelum segera dikejarkan ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, pemandu tersebut maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya lagi, usaha mencari seorang mangsa, A Balasugantharajan, 21, diteruskan sebelum ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari keesokannya pada jarak lebih kurang empat kilometer dari lokasi kejadian.

Tambahnya, siasatan awal mendapati dua sekawan itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai makan di sebuah restoran.

“Kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
 

Kemaskini pada 2016-05-20 11:57:11 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page