Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Kami sudah muak kena banjir

KLANG, 29 Nov 2015 - Banjir kilat bukan lagi perkara baru bagi penduduk Taman Maznah di sini kerana bencana tersebut telah berlaku sejak 2011 lagi. Namun, keadaannya bertambah teruk pada Khamis lalu selepas hujan turun tanpa henti selama dua jam.  

Difahamkan, air naik dengan mendadak sehingga memenuhi segenap ruang yang ada dalam rumah mereka. Selepas waktu malam barulah air mula beransur surut tetapi tidak sepenuhnya kerana alirannya bergerak lambat.

Ramai penduduk yang mengeluh kerana harta benda mereka rosak teruk akibat daripada banjir kilat yang berlaku itu. Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian ke kawasan perumahan berkenaan semalam mendapati banjir yang melanda telah surut sepenuhnya.

Yang ada hanya perabot, karpet, kusyen dan bantal dijemur di hadapan rumah masing-masing. Keadaan tersebut jelas terlihat di setiap rumah terutamanya yang berada di laluan masuk utama taman berkenaan.

Dianggarkan, lebih kurang RM5,000 kerugian terpaksa ditanggung oleh setiap rumah akibat kerosakan perabot dan barangan elektrik. Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Taman Maznah, Mohd Darul Idzuar Ikhsan, 37, berkata, banjir kilat yang berlaku pada kali ini benar-benar luar biasa.

Katanya, air naik dengan begitu cepat sekali seolah-olah tsunami sedang melanda kawasan perumahan mereka. “Kira-kira jam 3 petang hujan turun dengan begitu lebat sekali tanpa henti sampai jam 5 petang.

“Dalam waktu tersebut air mula naik sampaikan ada rumah yang ditenggalami air hingga ke paras pinggang,” katanya. Menurutnya, lebih daripada 100 rumah ditenggelami air sewaktu banjir kilat yang berlaku baru-baru ini.

“Banjir kilat telah berlaku  di sini sejak 2011 lagi tetapi taklah seteruk macam kali ini. “Sebelum ini cuma beberapa buah rumah sahaja yang terlibat dalam banjir dan keadaannya biasa sahaja,” katanya.

Darul berkata, penduduk bagaimanapun tidak pasti punca sahih yang menyebabkan banjir kilat berlaku. Tuntut penyelesaian, bantuan Timbalan Pengerusi KRT, Mohamed Salleh Hussien Abd Ghani, 53, berkata, penduduk Taman Maznah tidak mengharapkan perkara lain kecuali penyelesaian masalah.

Katanya, mereka mahu pihak yang berwajib tampil untuk bertemu dengan penduduk dan berbincang bagaimana untuk mengatasi masalah banjir kilat ini. “Kami pernah utarakan perkara ini kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebelum ini tetapi tidak ada tindakan yang dilakukan sehingga ke hari ini.

“Malah tidak ada seorang pun wakil mereka datang bertemu kami sewaktu banjir berlaku tempoh lalu,” katanya.   Lebih menyedihkan, Salleh berkata, Ahli Parlimen dan Adun di kawasan mereka juga tidak datang bertemu dengan penduduk yang nyata memerlukan pada ketika itu.

Timbalan Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Maznah, Sarif Mohd Nor, 48, berkata, bantuan dan perhatian daripada pihak berwajib amat diperlukan kerana tidak mustahil perkara yang sama akan berulang lagi.

Katanya, tindakan tidak dapat diambil jika mereka hanya mengharapkan kesatuan penduduk semata-mata. “Apa kita nak buat kalau banjir ini berulang? Apakah penyelesaian yang boleh diambil kalau perkara yang sama berulang lagi? ,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 11:50:21 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page