Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Selangor sedia peruntukan RM80 juta atasi banjir

KLANG,16 Disember 2015 - Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM80 juta tahun depan bagi mengatasi masalah banjir kilat di negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM33 juta berbanding hanya RM47 juta disediakan tahun ini.

Beliau berkata peruntukan itu adalah bagi pembinaan kolam tadahan dan benteng penghadang banjir termasuk di sekitar Shah Alam seperti di Stadium Shah Alam, Bukit Jelutong dan Alam Perdana.

Masalah banjir kilat ini turut dikenal pasti berpunca daripada perbalahan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, siapa yang sepatutnya menanggung kos menyelenggara kolam tadahan.

"Hasil perbincangan, akhirnya kita bersetuju menyerahkan kuasa menyelenggara kolam itu diberikan kepada JPS," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul dalam satu kenyataan, berkata setakat 5 petang tadi, seramai 612 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

"Dua pusat pemindahan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu di Dewan Merak, Sekolah Kebangsaan Meru, Klang seramai 208 mangsa, dan di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor sebanyak 147 mangsa membabitkan 35 keluarga.

"Jumlah mangsa banjir di negeri ini setakat petang tadi, bagaimanapun berkurangan berbanding pagi tadi seramai 660 mangsa," kata Mohd Sani. - Bernama
 

Kemaskini pada 2016-05-20 11:49:26 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page