Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Umno Kapar nafi usir anggota Jabatan Amal Malaysia

KLANG ,18 Disember 2015- Umno Bahagian Kapar tidak pernah menghalau petugas Jabatan Amal Malaysia daripada membantu mangsa banjir di Dewan Merak, SMK Meru.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Saroni Judi menafikan tuduhan itu dan berkata kepimpinan Umno diketuai Datuk Faizal Abdullah sudah memaklumkan kepada petugas Jabatan Amal Malaysia melalui Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman kelmarin bahawa Dewan Merak harus dikosongkan kerana satu majlis perkahwinan akan diadakan di situ esok.

“Pemilik majlis itu sudah menempah dewan berkenaan melalui pihak SMK Meru sejak beberapa bulan lalu.

“Esok (Jumaat) kerja-kerja untuk perkahwinan akan dimulakan, jadi pihak sekolah minta dewan tersebut dikosongkan.

“Selepas mendapat penjelasan tersebut, dia (Abdul Rani) bersetuju dengan cadangan itu, namun kini lain yang jadinya,” katanya pada Sidang Media di SMK Abdul Samad, di sini, petang semalam.

Menurutnya, pihak sekolah mencadangkan agar kesemua 45 keluarga yang juga mangsa banjir dipindahkan ke sembilan bilik darjah.

“Sebaik arahan ini dikeluarkan, pihak Jabatan Amal Malaysia salah sangka dan mereka menuduh kita yang halau mereka.

“Kami tidak halau, ini hanya cadangan bukan petugas unit Amal Pas sahaja diminta kosongkan dewan, bahkan kita juga harus patuh pada arahan itu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Petugas dakwa kena halau]

Beliau yang mewakili Umno Bahagian Kapar melahirkan rasa kecewa dengan pihak tersebut yang menuduh Umno hanya membenarkan khemah IM4U dipasang di bilik darjah.

“Tidak cukup dengan itu, kita dilabelkan tidak mengutamakan aurat wanita, sedangkan kita menyediakan pengadang antara khemah bagi membolehkan mangsa wanita berehat.

“Malah tempat menyusu bagi para ibu, kemudahan tandas bagi orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain juga kita sediakan,” katanya.

Katanya, pihaknya amat sedih dengan dakwaan itu, walhal Umno Kapar sentiasa menghulur tangan untuk bekerjasama dengan Pas demi kepentingan mangsa banjir.

Kelmarin, pihak tidak bertanggungjawab mengviralkan tuduhan bahawa kepimpinan Umno Bahagian kapar menghalau petugas Jabatan Amal Malaysia.

Kemaskini pada 2016-05-20 11:49:08 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page