Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Desak kenyataan rasmi dari MB

KLANG, 13 Januari 2016 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status cadangan pengambilan tanah di Kampung Jawa untuk pembinaan Lebuh raya Pesisir Pantai (LPP) yang menghubungkan Banting ke Tapah.

Wakil penduduk yang juga Presiden Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan, M Selventhiran berkata, lebih 300 keluarga yang juga penduduk di empat kampung terlibat mahukan penjelasan supaya mereka tidak diberikan janji palsu oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, pihaknya mewakili penduduk sudah menghantar memorandum kepada Mohamed Azmin pada 16 Disember 2015 lalu namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas.

“Kami dimaklumkan bahawa Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman ada menghantar surat kepada Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor bertarikh 18 Disember 2015 lalu berhubung memorandum yang dihantar penduduk.

“Namun perkara ini belum diputuskan secara muktamad dan ia membuatkan penduduk bimbang,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media berhubung status memorandum itu di Restoran Berkeley Corner, di sini semalam.

Beliau berkata, seluruh penduduk berharap agar projek pembinaan LPP itu dibatalkan menteri besar memandangkan dia mempunyai kuasa penuh ke atas pengambilan tanah di negeri ini.

“Sebelum ini pada 4 Disember lalu, kami diarahkan berjumpa dengan Pegawai Daerah Klang untuk menyatakan bantahan ini namun beliau tidak mempunyai kuasa dalam hal ini.

“Justeru, kami benar-benar berharap agar seluruh penduduk di sini tidak dipermainkan kerajaan negeri, mereka harus beri kata putus segera,” katanya.

Terdahulu, hampir 100 penduduk dari empat Kampung iaitu Kampung Mariamman (lot 11113), Kampung Datuk Sellathevan (lot 9879), Kampung Mohan dan Kampung Tangvelu (lot 10434) di Batu 4, Kampung Jawa menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 16 Disember 2015 lalu mendesak kerajaan negeri membatalkan cadangan pembinaan Lebuh raya Pesisir Pantai (LPP) di atas tanah milik mereka.

Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Berita Pejabat Menteri Besar, Shahril Said
 
image

Kemaskini pada 2016-05-20 11:46:00 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page