Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Rahsia MPK kekal efisyen

KLANG, 14 Januari 2016  - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menegaskan pihaknya mengutamakan kebajikan pekerja dalam mewujudkan suasana kerja yang efisien dan mesra pelanggan.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, mereka turut memberi perhatian terhadap hubungan erat antara kakitangan dan pegawai.

“Hasil daripada kerjasama yang erat antara kita akan menghasilkan pasukan kerja yang komited dalam  melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi.

“Setiap kakitangan mempunyai peranan dan tugasan tersendiri dan jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh ia akan mendatangkan kejayaan seterusnya memberi kepuasan kepada warga setempat,” katanya pada Perhimpunan Khas MPK, baru-baru ini.

Katanya, beliau mahu melihat Klang menjadi lokasi yang sentiasa diingati hasil daripada kesungguhan kakitangan MPK dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk didiami.
 

Kemaskini pada 2016-05-20 11:46:08 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page