Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

MPK rampas minuman keras

image

KLANG, 6 APRIL 2016 – Majlis Perbandaran Klang (MPK) merampas pelbagai jenis minuman keras yang dianggarkan
bernilai RM18,000 di dua kedai di Pekan Kapar, semalam.
 

Yang Dipertua, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, serbuan dilakukan anggota penguat kuasa di kedai serbaneka
24 jam dan sebuah kedai yang dijadikan kedai minuman yang terletak tidak jauh antara satu sama lain.
 

“Serbuan pertama sekitar jam 3.30 petang dilakukan di kedai serbaneka 24 jam dan kita merampas 310 botol minuman
keras pelbagai saiz, jenama dan harga dengan nilai RM15,000.
 

“Serbuan kedua pula ke kedai minuman membabitkan rampasan 188 botol minuman keras yang dianggarkan bernilai
RM3,000,”katanya kepada pemberita ketika turun padang di lokasi semalam.
 

Menurutnya, kedua-dua kedai tersebut diserbu kerana beroperasi tanpa kebenaran MPK dan juga Pejabat Daerah
dan Tanah Klang.
 

“Berdasarkan siasatan, kedua-dua kedai tersebut baru beroperasi sekitar tiga hingga lima bulan lalu.
 

“Kedua-dua kedai berkenaan diberikan kompaun dan tempoh satu bulan untuk menuntut balik barang rampasan daripada
MPK dengan syarat mereka mempunyai lesen serta dokumentasi yang lengkap,” katanya.
 

Mohamad Yasid berkata, jika dalam tempoh itu mereka gagal, MPK akan mengambil tindakan melupuskan barangan
yang dirampas.
 

“Mengikut Undang-undang Kecil, pesalah boleh dikenakan kompaun berjumlah RM1000, dan jika disabitkan kesalahan
mereka boleh didenda tidak lebih RM2,000,” katanya.
 

Dalam pada itu menurutnya, operasi tersebut dilakukan atas aduan orang ramai yang mendakwa botol-botol minuman
keras dibuang merata-rata di sekitar Pekan Kapar hingga membahayakan keselamatan orang ramai.
 

“Justeru itu, kita terus ambil tindakan sedemikian kerana khuatir lebih banyak kedai yang menjual minuman keras
tanpa lesen berkembang di kawasan ini,” katanya.
 


Kemaskini pada 2016-05-20 11:41:00 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page