Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sarang pemandu lori kena serbu

image

KLANG, 11 APRIL 2016 – Kedudukan pusat urut yang agak tersorok di Bandar Sultan Suleiman, di sini, dijadikan
sebagai sarang pemandu lori untuk menghilangkan ‘penat’.
 

Bagaimanapun, bertindak atas maklumat, premis tersebut digempur diketuai Inspektor Mohd Anuar Ibrahim dari
Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Klang Utara, dalam serbuan pada jam 6 petang, kelmarin.
 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan berjaya menahan
lima wanita tukang urut warga Thailand berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.
 

Menurutnya, ketika serbuan mereka sedang melayan pelanggan.
 

“Serbuan yang tamat kira-kira jam 8 malam ini mendapati rata-rata pelanggan premis ini adalah pemandu lori
atau kontena yang berhenti untuk mengisi minyak dan berehat di tepi jalan,” katanya.
 

Beliau berkata, siasatan juga dapati pelanggan perlu membayar dengan harga RM50 hingga RM150 untuk
mendapatkan perkhidmatan wanita berkenaan,” katanya.
 

Selain itu, dengan kedudukan premis yang agak tersorok di bahagian hujung bangunan dan sudah beroperasi
sejak dua tahun lalu, pihaknya percaya pusat urut tersebut menawarkan aktiviti tidak bermoral.
 

Katanya, polis merampas tuala, minyak urut, tisu dan wang tunai.
 

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963, Seksyen 39(b)
Akta Imigresen.


Kemaskini pada 2016-05-20 11:40:43 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page