Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

'Little India' Klang perlu pelan tindakan

image

KLANG,18 APRIL 2016 - Sebut sahaja nama Jalan Tengku Kelana, perkara pertama yang pasti singgah di ingatan
ialah 'Little India' yang sinonim dengan  bandaraya Diraja Klang.
 

Pada hujung minggu dan musim perayaan seperti Deepavali, Krismas dan tahun baru India, jalan di mana terletak
dua baris atau lebih 100 buah kedai yang dibina sebelum perang begitu sesak dengan orang ramai serta trafik.
 

Apa yang membezakan Jalan Tengku Kelana ini dengan jalan lain di bandar ini ialah barangan yang dijual berwarna-warni
di samping peniaga dan pengunjung kebanyakannya kaum India.
 

Terdapat kira-kira 250 peniaga yang telah bertapak di sini sehingga tiga generasi dan semua mahu identiti unik jalan
ini dikekalkan.
 

Sehubungan itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila peniaga-peniaga ini membantah sekeras-kerasnya cadangan
Majlis Perbandaran Klang (MPK) menamakan semula 'Little India' kepada Dataran Kelana.
 

Bagaimanapun, peniaga dan persatuan yang berkaitan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersependapat bahawa
banyak perkara perlu dilaksanakan di kawasan itu.
 

Antaranya menyediakan lebih banyak tempat letak kereta dan tandas awam.

Pengerusi Persatuan Usahawan Little India, Klang, N.P. Raman, berkata perlu ada pelan jangka panjang untuk mengekal
serta memperbaiki tempat itu.
 

Raman, yang juga pengarah urusan Thangaram Jewellers Sdn Bhd, syarikat yang beroperasi di jalan yang sama berkata MPK
dan pihak berkuasa berkenaan perlu menyediakan pelan tindakan 20 tahun untuk Jalan Tengku Kelana.
 

"Satu pelan tindakan diperlukan untuk mempromosi Little India Klang supaya ia kekal sebagai tempat kegemaran mereka yang
dari Lembah Klang dan suka membeli-belah di sini terutamanya semasa musim perayaan dan cuti umum.
 

"Menerusi pelan tindakan ini, kita boleh tahu usaha yang dibuat oleh MPK dan pihak berkenaan untuk meningkatkan Little
India Klang dengan lebih banyak kemudahan untuk membeli-belah serta pelancong," katanya kepada Bernama.
 

Bagi beliau, pelan tindakan itu perlu fokus kepada pembinaan tempat letak kereta bertingkat memandangkan ruang meletak
kereta begitu terhad, memasang mentol lampu LED untuk mencantikkan jalan dan menangani masalah banjir kilat.
 

"Tandas awam juga kurang dan pengunjung terpaksa menggunakan tandas di restoran," katanya.
 

Menurut Raman, pihak persatuan menentang sebarang cadangan MPK untuk menjadikan Jalan Tengku Kelana sebagai
jalan sehala.
 

Persatuannya juga menentang kedatangan mana-mana peniaga baru yang mahu berniaga di Jalan Tengku Kelana serta
Lorong Pulasan dan Lorong Yeo Guan Hup.
 

Beliau berkata kehadiran peniaga baru itu akan mengganggu peniaga yang sudah lama berniaga di kawasan itu.

Memandangkan rancangan kerajaan untuk mewartakan tahun 2017 'Tahun Melawat Klang', sudah tiba masanya untuk
MPK mewartakan Little India sebagai tarikan pelancong.
 

Beliau lalu menggesa MPK untuk memajukan peluang pelancongan untuk kawasan Little India Jalan Tengku Kelana.
 

"Paling penting membina pintu gerbang yang menampilkan ucapan 'Selamat Datang ke Little India," kata Raman.
 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa lawatan kerja ke Klang pada Disember
2015 menyatakan bandar Diraja itu mempunyai potensi untuk menjadi tarikan pelancong.
 

Sementara itu, presiden Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia (1MINE), Datuk S Gopinath, menggesa persatuan
itu dan NGO lain yang berasaskan India untuk menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan.
 

Dengan perjanjian itu, kerajaan negeri Selangor menerusi MPK akan memastikan pembangunan infrastruktur berterusan di kawasan
Little India di samping membangunkannya semula sebagai tarikan pelancong.


Gopinath juga menggesa kerajaan negeri Selangor supaya memperuntukkan sebanyak RM10 juta setahun untuk MPK bagi
pembangunan infrastuktur dalam lingkungan Little India. - Bernama
 


Kemaskini pada 2016-05-20 11:40:30 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page