Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tangisan ‘gadis sinetron’ dalam Ops Dadu

image
KLANG, 24 APRIL 2016 - “Abang tolonglah abang, saya takut sangat,” demikian rayuan gadis persis pelakon
‘sinetron’ dengan harapan dibebaskan selepas terlibat dalam kegiatan perjudian.

Hanya dikenali sebagai Windi, 20-an, dia antara wanita warga asing yang dicekup dan dipercayai bekerja
di premis perjudian online sejak beberapa bulan lalu.

Gadis berkenaan turut mendakwa dirinya sudah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan bekerja
dengan memperoleh gaji RM1,300 sebulan.

“Mulanya suami saya tak bagi kerja di sini (premis judi), tapi saya degil nak juga kerja,"  katanya ketika ditahan
dalam Ops Dadu, kelmarin.

Operasi seawal jam 6 petang itu turut berdepan kesukaran apabila pihak berkuasa terpaksa mengambil masa
kira-kira 30 minit mengumpil pintu premis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat berkata, serbuan yang
dilakukan di dua premis di Bandar Baru Klang dan Jalan Batu Tiga Lama itu berjaya menahan seramai 23 individu
berusia lingkungan 24 hingga 64 tahun yang turut membabitkan warga Vietnam dan Indonesia.

“Operasi sehingga jam 11 malam ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis
Perbandaran Klang (MPK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka.








 

Kemaskini pada 2016-05-20 11:39:54 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page