Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tempoh tujuh hari bersih kawasan

image

KLANG, 30 APRIL 2016 - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan tiga notis masing-masing terhadap
seorang pemilik premis dan dua pemilik tanah di kawasan Klang Utama ketika operasi penguatkuasaan denggi,
di sini semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan, Azmi Muji berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan kawasan berkenaan menimbulkan
kacau ganggu dan berisiko kepada pembiakan aedes yang boleh mengancam keselamatan penduduk setempat.

Menurutnya, satu notis berkenaan diserahkan kepada pemilik premis manakala dua lagi ditampal berdekatan
lokasi tanah yang menjadi tempat penternakan ayam dan juga di tapak projek terbengkalai.

“Menerusi notis berkenaan, majlis memberi tempoh tujuh hari terhadap pemilik premis agar membersihkan kawasan
masing-masing sebelum tindakan tegas diambil.

“Sekiranya mereka enggan mematuhi notis kompaun, mereka boleh didenda mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan
Tempatan sehinggaRM2,000,” katanya ketika ditemui di lokasi penguatkuasaan di sekitar Taman Klang Utama,
di sini semalam.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan tertumpu di kawasan Klang Utama berikutan kawasan itu adalah kawasan
'panas' denggi.

“Sehingga 25 April lalu, 26 kes denggi dicatatkan di kawasan ini.

“Kami melihat jumlah kes yang tinggi ini sebagai sesuatu yang serius dan operasi ini menjadi salah satu usaha
mendidik penduduk agar menjaga kebersihan persekitaran,” katanya.

Kemaskini pada 2016-07-05 15:31:56 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page