| |
TAMAN RAKYAT KLANG
|
Taman Rakyat yang terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas mempunyai keluasan 81 ekar dan berkonsepkan ' Taman Untuk Semua '. Di antara tarikan utama taman ini adalah seperti tapak refleksologi, denai hutan, trek jogging, pondok pandang jauh, peralatan permainan kanak - kanak, miniature golf, tapak perkhemahan, tempat senaman dan kawasan lapang.
Selain daripada itu, Taman Rakyat turut dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tandas dan juga restoran, sesuai untuk akiviti kekeluargaan dan semua peringkat usia. Taman ini telah memenangi anugerah ' Landskap Terbaik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2002 ' bagi kategori Taman di dalam bandar.
|
|
Peta Lokasi : Klik pada imej untuk pautan Google Maps

|
|
|
Kemaskini pada 2018-11-21 23:03:50 daripada Vox Administrator