Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Selasa, 3 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447H | 09:20
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Maklumat Fungsi Bahagian

 

image

OBJEKTIF BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Mewujudkan Pengurusan Kewangan, Perkhidmatan Perjawatan Dan Protokol Serta Keselamatan Yang Berkesan, Efisyen, Berkualiti, Berdaya Saing Dan Dinamik.

Bahagian Khidmat Pengurusan Terdiri Daripada Unit Pentadbiran Am, Unit Kewangan, Unit Majlis Dan Keraian, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Unit Keursetiaan Dan Pelesenan, Unit Teknologi Maklumat

 

AKTIVITI / FUNGSI UTAMA UNIT PENTADBIRAN AM
1.Mengurus Hal Ehwal Kakitangan, Keperluan Peralatan, Kelengkapan Dan Keselamatan Pejabat
2.Menguruskan Serta Melaksanakan Segala Urusan Berkaitan Hal Ehwal Kewangan Dan Sistem Pengurusan SPEKS
3.Menguruskan Tuntutan Peruntukan Perbelanjaan Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
4.Melaksanakan Penyelarasan Berkenaan Permohonan Lesen Penulis Awam Dan Lesen Minuman Keras
5.Menguruskan Serta Memproses Permohonan Menduduki Dan Penyelenggaraan Rumah Kerajaan
6.Menyediakan Ulasan Ke Atas Permohonan Lesen Perniagaan Barang Lusuh Dan Kenderaan Terpakai

 

AKTIVITI / FUNGSI UTAMA UNIT MAJLIS DAN KERAIAN
1.Menyelaras, Mengatur dan Melaksanakan Program - Program Berbentuk Sambutan, Keraian Dan Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Dan Persekutuan Di Peringkat Daerah, Mukim Dan Kampung
2.Lawatan Pembesar - Pembesar Dan Jabatan / Agensi Kerajaan
3.

Pengurusan Majlis Berbentuk Sambutan Dan Perayaan Seperti:

  • Ujian Tilawah Al-Quran
  • Sambutan Maal Hijrah
  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Sambutan Nuzul Quran
  • Sambutan Hari Kebangsaan
  • Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor
  • Program Gerakan Membaca
  • Sambutan Bulan Kualiti
  • Program Hari Bertemu Pelanggan
  • Program Bulan Ramadhan
  • Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang
  • Perhimpunan Pagi (Bulanan)

 

 

AKTIVITI / FUNGSI UTAMA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
1.Memberikan Khidmat Sokongan Teknikal Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kepada Penjawat Awam Dan Komuniti Ke Arah Merealisasikan Program Kerajaan Elektronik Di Peringkat Daerah
2.Mengawasi Penggunan SIstem, Peralatan, Server Dan Lain - Lain Yang Berkaitan
3.Membangunkan, Mengemaskini Dan Menyelenggara Portal Rasmi Jabatan Pada Setiap Masa Agar Segala Maklumat Serta Perkhidmatan Dapat Disampaikan Kepada Masyarakat / Orang Awam
4.Menyediakan Latihan Untuk Semua Pegawai Dan Anggota Termasuk Latihan Kepada Pengguna

 

image

OBJEKTIF BAHAGIAN PEMBANGUNAN

Bertindak Sebagai Agensi Penyelaras / Pelaksana Di Peringkat Daerah Berhubung Pembangunan Fizikal Serta Masyarakat Yang Cekap Dan Amanah Bagi Memenuhi Kehendak Pelanggan / Stakeholder

Bahagian Pembangunan Terdiri Daripada Unit Pembangunan Fizikal Dan Unit Pembangunan Masyarakat Yang Bertumpu Ke Atas Aktiviti - Aktiviti Berbentuk Pembangunan Modal Insan, Sosio - Ekonomi Serta Pelaksanaan Projek - Projek Kecil Pembangunan Infrastruktur Awam Dan Asas Luar Bandar

 

AKTIVITI / FUNGSI UTAMA UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT
1.Menjalankan Siasatan Terhadap Permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin (PPRT) / Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Dan BLUEPRINT Kemiskinan
2.Melaksanakan Urusan / Tatacara Pelantikan / Persaraan / Perletakan Jawatan Ketua Kampung / Pengerusi JKKK Daerah Klang
3.Penyelarasan Pelaksanaan Program - Program Penghulu Dan Ketua - Ketua Kampung / Pengerusi JKKK Daerah Klang
4.Membuat Penilaian Prestasi Terhadap Ketua Kampung / Pengerusi JKKK Daerah Klang
5.Pengemaskinian Pangkalan Data Seperti Data Kemiskinan, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)
6.Penyelarasan Tindakan Sewaktu Bencana Dan Keselamatan Di Dalam Daerah Klang
AKTIVITI / FUNGSI UTAMA UNIT PEMBANGUNAN FIZIKAL
1.Menjalankan Siasatan Terhadap Permohonan Projek - Projek Kecil Pembangunan Daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Dan Masyarakat Luar Bandar
2.Melaksanakan Penyelarasan Bagi Permohonan Peruntukan Projek - Projek Kecil Pembangunan Luar Bandar
3.Menyediakan Dan Melaksanakan Pengiklanan / Penilaian Sebutharga Serta Tawaran Pelaksanaan Kerja
4.Menjalankan Pemantauan Bagi Setiap Pelaksanaan Projek - Projek Kecil Luar Bandar
5.Pengurusan Tuntutan Dan Bayaran Bagi Projek - Projek Kecil Luar Bandar Yang Telah Selesai Dilaksanakan
6.Menjalankan Pemantauan Dan Membuat Penilaian Terhadap Prestasi Kontraktor

 

image

OBJEKTIF BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

Mewujudkan Sistem Pentadbiran Tanah Yang Efisyen, Prihatin Dan Peka Dalam Pelaksanaan Serta Pencapaian Dasar - Dasar Kerajaan Negeri Dan Negara.

Bahagian Pengurusan Tanah Terdiri Daripada Unit Pelupusan Tanah, Unit Pembangunan Tanah, Unit Pendaftaran, Unit Teknikal & Penguatkuasaan Serta Unit Hasil Bagi Memastikan Setiap Pewujudan Pembaharuan Dalam Pentadbiran Tanah Dapat Dicapai Melalui Perkhidmatan Yang Produktif Dan Berkesan Disamping Mendapat Pulangan / Agihan Pembangunan Yang Seimbang Menerusi Peningkatan Kualiti Pengurusan / Pemantauan Hartanah Negeri.

 

image

OBJEKTIF UNIT PERUNDANGAN

Memberi Perkhidmatan Perundangan Yang Berkualiti Dan Akan Sentiasa Bertindak Mengikut Perkembangan Dan Undang - Undang Dengan Cekap, Adil Dan Saksama.

Aktiviti / Fungsi Utama Unit Perundangan:

1.Membuat Siasatan Awal Ke Atas Aduan Pencerobohan Tanah Kerajaan Dan Pelanggaran Undang - Undang Tanah
2.Memberikan Khidmat Nasihat Dan Menyediakan Ulasan Terhadap Semua Hal Berkaitan Pengurusan Tanah
3.Membuat Semakan Terhadap Pindaan Undang - Undang Berkaitan Pewartaan Dan Tatacara Prosedur Tanah


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah