Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Penggunaan lori kecil perlu untuk lorong sempit

 

image

Kampung Delek yang memiliki banyak lorong sempit hanya boleh dimasuki oleh lori bersaiz kecil untuk mengutip sampah.

KLANG, 31 JULAI 2016 -  Penggunaan lori satu tan di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak menjadi satu kesalahan selagi tanggungjawab mengutip dan mengangkut sampah dilaksanakan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik.


Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, lori bersaiz kecil itu memang diperlukan untuk memasuki lorong-lorong yang kecil dan sempit.

“Kita tengok kepada kesesuaian lokasi yang akan dilalui lori untuk angkut sampah.

“Contohnya di Kampung Delek di mana kawasan itu banyak lorong-lorong kecil. Jika guna lori kompaktor memang tidak sesuai,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya bersetuju dengan penggunaan lori kompaktor yang disifatkan dapat mengangkut sampah dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa.

“Namun begitu, kita kena tahu bahawa lori kompaktor saiznya agak besar yang mana saiz paling kecil pun dalam 10 tan.

“Ia memang tak sesuai untuk masuk ke lorong-lorong perumahan, ia bukan sahaja boleh mengganggu lalu lintas penduduk bahkan juga boleh merosakkan jalan-jalan kecil di kawasan perumahan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui selain lori bersaiz berkenaan, pihak majlis juga menggalakkan penggunaan motosikal roda tiga di kawasan atau laluan yang sempit untuk mengangkut sampah.

“Walaupun kuantiti yang diangkut sedikit, apa yang penting sesebuah kawasan itu bersih dan terjaga,” katanya.

Bagi mengelak sampah sarap dan air sisa sampah meleleh di jalan raya, Mohamad Yasid menasihati orang ramai agar sampah yang ingin dibuang terlebih dahulu dibungkus dengan baik.

“Pastikan sampah diikat dengan kuat agar lelehan air tak terkeluar.

“Jika orang ramai beri kerjasama, saya yakin masalah sampah di Klang dapat diurus dengan baik,” katanya.

Kemaskini pada 2016-08-17 13:59:26 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page