Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN
qrcode

Ponteng sekolah untuk ke kafe siber

 

 

 

image

Pelajar yang ponteng sedang disoal siasat pihak berkuasa

KLANG, 31 JULAI 2016 -  Seramai 91 pelajar ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah Klang Utara, baru-baru ini.


Pengarah Komunikasi Korporat, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, operasi yang diketuai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu turut disertai polis, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), MPK dan wakil sekolah yang terlibat.

Menurutnya, kebanyakan yang ditahan menjadikan pusat siber sebagai lokasi untuk ponteng sekolah.

“Mereka menggunakan taktik menyembunyikan pakaian sekolah di dalam beg masing-masing.

“Bagaimanapun taktik mereka gagal selepas pihak berkuasa menemui baju yang disembunyikan itu,” katanya.

Beliau berkata, majlis sentiasa memberi sokongan pada mana-mana pihak yang ingin mengadakan operasi seperti itu khususnya di Klang bagi memastikan pelajar tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

“Selain itu, MPK juga giat menjalankan operasi pusat siber bagi memastikan tiada pemilik yang melanggar peraturan membenarkan pelajar masuk ke dalam premis pada waktu persekolahan.

“Kita mengharapkan kerjasama masyarakat dalam menangani kes seperti ini bagi memastikan golongan muda tidak terjebak dalam gejala negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Norfiza turut menasihati ibu bapa agar peka dengan anak-anak termasuk dengan siapa mereka berkawan bagi mengelak mereka daripada terjerumus dalam kancah yang tidak sihat.

Kemaskini pada 2016-08-17 13:58:59 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page