|
PANTAI ACHEH, PULAU INDAH
Tidak ramai pengunjung yang mengetahui kewujudan Pantai Acheh, Pulau Indah memandangkan lokasinya yang jauh ke dalam Pulau Indah. Walaubagaimanapun lokasi ini amat sesuai untuk diadakan aktiviti - aktiviti riadah bersama keluarga memandangkan terdapatnya kawasan pantai berkelikir dan juga kawasan lapangan yang luas.
Pada masa kini, Pantai Acheh amat popular sekali dan menjadi tumpuan pelbagai golongan tidak kira usia serta bangsa dengan aktiviti - ativiti seperti perkhemahan, memancing, parasailing, layang - layang / wau dan juga barbeque.
|
Peta Lokasi : Klik pada imej untuk pautan Google Maps

|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2016-06-01 15:05:54 daripada Admin ICT