Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Anak buaya sesat masuk parit

image


KLANG, 2 Oktober 2016 - Pasukan Charlie dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang berjaya menangkap seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter dalam sebuah parit di Jalan Setia Jaya, Kampung Bukit Kapar, Meru di sini malam tadi.

Ketua Balai, Zaidi Ahtan berkata, tangkapan itu dilakukan sekitar jam 8.30 malam selepas menerima panggilan penduduk memaklumkan penemuan reptilia itu.

"Pasukan bomba bergegas ke lokasi dan mendapati reptilia berkenaan adalah anak buaya.

"Ia dilihat bergerak-gerak dalam parit berkenaan seolah-olah tersesat dan mencari arah sungai berdekatan," katanya kepada Sinar Harian.

Pasukan bomba menangkap reptilia itu menggunakan penjerut.

"Pasukan petugas mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap haiwan berkenaan yang agak liar.

"Hasil tangkapan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya lagi, pihaknya tidak menolak kemungkinan reptilia itu telah tersesat ke kawasan parit kediaman penduduk kampung selepas banjir melanda kawasan itu minggu lalu.

 


Kemaskini pada 2016-10-28 12:13:08 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page