Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Murid perempuan maut dalam nahas

image


KLANG, 2 Oktober 2016 - Seorang murid perempuan tahun satu sekolah di sini maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kereta di Jalan Paip Meru, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian lebih kurang 12.30 itu, mangsa, Afyna Zahirah Abdul Muiz yang merupakan pembonceng maut di tempat kejadian. Manakala, penunggang yang berusia 38 tahun dilaporkan patah tangan kiri dan kini keadaan stabil.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin  berkata, insiden berlaku apabila motosikal di bonceng mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Kancil yang sedang membelok ke kanan

“Akibat pelanggaran itu mangsa tercampak ke lorong kanan. Mayat dan kenderaan telah dialihkan ke tepi kanan jalan dari arah Pekan Meru ke Puncak Alam.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca baik dan cerah serta permukaan jalan kering. Juga tidak terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat

Menurut Sahimi lagi, saksi kejadian diminta tampal bagi membantu siasatan polis.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 


Kemaskini pada 2016-10-28 11:56:40 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page