e-Penyertaan
MENGENAI e-PENYERTAAN
Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Klang telah maju setapak lagi untuk menyediakan dasar yang tepat untuk rakyat bagi menjelaskan peraturan-peraturan dan garis panduan penyertaan mereka di portal. Pejabat Daerah dan Tanah Klang mengalu-alukan anda melayari portal kami. Kami bergantung kepada penyertaan dan sumbangan anda yang amat berharga untuk membangunkan program-program dan komunikasi dua hala. Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini dan peluang untuk menyertai dalam proses pembangunan dan meningkatkan perkhidmatan kami, Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Klang menggunakan beberapa saluran untuk meningkatkan komunikasi dua hala iaitu melalui maklumbalas. Selain portal ini, anda membolehkan berinteraksi dalam rangkaian media sosial melalui Facebook.
POLISI e-PENYERTAAN
Oleh itu, Pejabat Daerah dan Tanah Klang amat mengalu-alukan penyertaan anda dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
- Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
- Kekalkan budaya berbudi bahasa rakyat Malaysia dengan mengelakkan dari menggunakan bahasa kesat
- Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
- Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
- Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
- DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
- Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
- Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
| Kategori | Topik | Pautan Dan Status | Keputusan |
| Perkhidmatan | Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Daerah Dan Tanah Klang | KLIK / SCAN ![]() | Sedang Dibuka |










