- Unit Pendaftaran Tanah
- Unit Pelupusan Tanah
- Unit Pembangunan Tanah
- Unit Hasil
- Unit Pindahmilik Dan Lelong
- Fi Dan Kadar Bayaran Bagi Semua Urusan Tanah
Permohonan Pindah Milik Tanah
PERMOHONAN PINDAH MILIK TANAH
DEFINISI
Pindah milik tanah merupakan satu (1) proses untuk menukar nama pemilik berdaftar yang melibatkan keseluruhan / sebahagian tanah kepada pemilik baru.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas.
2. Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun).
3. Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
4. Badan-badan yang diberikuasa secara sengaja untuk memegang tanah di bawah mana-mana syarikat.
PANDUAN PENGISIAN BORANG PINDAH MILIK (14A)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Bagi Permohonan Pindah Milik Tanah Rizab Melayu, Borang 14A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
3. Sekiranya Borang Pindah Milik (14A) dicapkan dengan ibu jari maka perlu dilabelkan jari kiri atau kanan.
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PINDAH MILIK (14A)
1. Hakmilik (Geran) asal (DHKK).
2. Borang 14A yang telah diisi dengan lengkap mestilah diakusaksi oleh mana-mana pegawai atau orang yang disenaraikan seperti berikut :
i. Pentadbir Tanah;
ii. Peguambela dan Peguam Cara;
iii. Kedutaan/Perwakilan Malaysia di Luar Negara (Embassy); atau
iv. Penyaksi Awam (Notary Public) –Jadual Kelima KTN.
3. Sijil Setem LHDN yang asal.
4. Notis Taksiran pindah milik daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
5. Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima).
6. Salinan Cukai Pintu semasa : Januari - Jun Bil.1 dan Julai - Disember Bil.2 yang jelas dan terang ( gelap atau kabur tidak diterima).
7. Salinan MY Kad Pemberi dan Penerima pindah milik yang jelas dan terang, dan telah disahkan di dalam satu muka surat A4, depan dan belakang, saiz asal kad pengenalan. dicatat “untuk kegunaan Pejabat Tanah/Daerah Klang sahaja”.
8. Salinan passport yang jelas jika warga asing (disahkan)
9. Sijil Pengesahan penyaksian melalui sistem Biometrik (sekiranya Penyaksian dibuat di hadapan Pentadbir Tanah)
10. Penyata pengesahan cap jari biometrik oleh penjual bagi hartanah mempunyai nilaian RM 1 juta dan lebih.
11. Salinan sijil lahir penerima pindah milik bagi tanah rizab melayu.
12. Pindahmilik antara suami isteri – Salinan sijil nikah
13. Pindahmilik kasih sayang antara adik beradik/ anak beranak/ datuk cucu dan seumpamanya- lampirkan Salinan sijil lahir yang boleh membuktikan pertalian.
14. Surat akuan- bagi kes penjual yang tiada catatan nombor kad pengenalan pada hakmilik atau nama penjual pada kad pengenalan tidak sama pada hakmilik.
15. Surat kebenaran bagi hakmilik yang terdapat sekatan kepentingan/gadaian/kaveat.
16. Surat Kuasa Wakil perlu difailkan bersekali sekiranya melibatkan pemegang kuasa wakil
17. Penerima adalah bukan warganegara/Penduduk Tetap/Pemastautin Tetap/Syarikat Asing –kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (Rujuk Pekeliling PTGS Bil 3/2011 –433B)

Denda Lewat akan dikenakan selepas Tiga (3) Bulan dari tarikh penyaksian –Seksyen 293(1)(B)
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Pindah Milik Tanah (14A)
2. Contoh Pengisian Borang Pindah Milik Tanah (14A)
3. SOP Pendaftaran (14A)
4. Tip Salinan Dan Palang Kad Pengenalan
5. Borang Biometrik (Untuk Penyaksian Di Hadapan Pentadbir Tanah)
6. Borang Pengesahan Biometrik 14A
7. Borang Senarai Semak (14A)
Permohonan Gadaian
PERMOHONAN GADAIAN
DEFINISI
Gadaian adalah cagaran hakmilik tanah kepada Institusi Kewangan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon merupakan penama kepada hakmilik berkenaan.
PANDUAN PENGISIAN BORANG GADAIAN (16A)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Bagi Tanah Rizab Melayu, Borang 16A mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah (bagi penggadai).
3. Borang 16A disetem.
4. No. P.A bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan no. My Kad.
5. Jadual tanah yang lengkap (initial).
6. Salinan My Kad penggadai.
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN GADAIAN (16A)
1. Hakmilik (Geran) asal.
2. Borang 16A yang telah diisi dengan lengkap.
3. Sijil Setem.
4. Notis Taksiran pindah milik daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
5. Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima).
6. Salinan Cukai Pintu semasa : Januari - Jun Bil.1 dan Julai - Disember Bil.2 yang jelas dan terang ( gelap atau kabur tidak diterima).
7. Salinan MY Kad Pemberi dan Penerima pindah milik yang jelas dan terang, bahagian depan serta belakang (gelap atau kabur tidak diterima).
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Gadaian (16A)
2. Senarai Semak
Permohonan Melepaskan Gadaian
PERMOHONAN MELEPASKAN GADAIAN
DEFINISI
Mana - mana pemegang gadaian dengan suatu suratcara atas borang 16N, melepaskan tanah atau pajakan yang digadainya.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon merupakan institusi kewangan yang menjadi pemegang gadaian bagi hakmilik berkenaan.
PANDUAN PENGISIAN BORANG MELEPASKAN GADAIAN (16N)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Salinan pendua bank / salinan diakui sah (CTC) oleh Pejabat Daerah / Tanah.
3. Jadual Tanah (No. Perserahan yang dilepaskan dan 'initial').
4. No. P.A bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan no. My Kad).
5. Peletakhakkan Mahkamah ('Vesting Order') / Borang Tukar Nama perlu disertakan sekiranya nama bank berbeza.
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN MELEPASKAN GADAIAN (16N)
1. Hakmilik (Geran) asal.
2. Borang 16N yang telah diisi dengan lengkap.
3. Salinan Pendua Gadaian (16A) dan (salinan bank / salinan diakui sah (CTC) oleh Pejabat Daerah / Tanah).
4. Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima).
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Melepaskan Gadaian (16N)
2. Senarai Semak
Permohonan Kemasukan Kaveat Persendirian
PERMOHONAN KEMASUKAN KAVEAT PERSENDIRIAN
DEFINISI
Satu (1) halangan untuk sebarang urusniaga dan bukan urusniaga.
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Mana - mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.
PANDUAN PENGISIAN BORANG KEMASUKAN KAVEAT PERSENDIRIAN (19B)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Bagi Permohonan Tanah Rizab Melayu mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
3. No. P.A Bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan nombor My Kad).
4. Syer yang hendak dikaveatkan.
5. Sebab - sebab pembelian oleh individu/syarikat (sertakan Sales and Purcase Agreement / S & P ).
6. Sebab - sebab pembelian lain oleh individu / syarikat (sertakan dokumen sokongan).
7. Bagi permohonan oleh syarikat, sila sertakan M & A, Form 49, 24 dan 11 dari R.O.C.
8. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (individu atau pengarah syarikat).
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN KEMASUKAN KAVEAT PERSENDIRIAN (19B)
1. Borang 19B yang telah diisi dengan lengkap.
2. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (gelap / kabur tidak akan diterima).
3. Dokumen - dokumen sokongan seperti S & P dan lain - lain.
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Kaveat (19B)
2. Borang Kaveat Amanah (19E)
3. Senarai Semak
Permohonan Tarik Balik Kaveat Persendirian
PERMOHONAN TARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN
DEFINISI
Mengeluarkan halangan / kaveat yang dimasukkan ke dalam hakmilik berkaitan.
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Orang perseorangan, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan atau wakil pihak - pihak berkenaan yang membuat permohonan kemasukan kaveat.
PANDUAN PENGISIAN BORANG TARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN (19G)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Bagi Permohonan Tanah Rizab Melayu mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
3. No. P.A Bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan nombor My Kad).
4. Syer yang hendak dikaveatkan.
5. Sebab - sebab pembelian oleh individu/syarikat (sertakan Sales and Purcase Agreement / S & P ).
6. Sebab - sebab pembelian lain oleh individu / syarikat (sertakan dokumen sokongan).
7. Bagi permohonan oleh syarikat, sila sertakan M & A, Form 49, 24 dan 11 dari R.O.C.
8. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (individu atau pengarah syarikat).
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN TARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN (19G)
1. Borang Tarik Balik Kaveat 19G yang telah diisi dengan lengkap.
2. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (gelap / kabur tidak akan diterima).
3. Dokumen - dokumen sokongan seperti S & P dan lain - lain.
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Tarik Bali Kaveat Persendirian (19G)
2. Senarai Semak
Permohonan Pemotongan Kaveat Persendirian
PERMOHONAN PEMOTONGAN KAVEAT PERSENDIRIAN
DEFINISI
Pengeluaran halangan (kaveat) oleh pihak - pihak berkepentingan.
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Mana - mana orang perseorangan / badan tanah / atau pihak - pihak yang berkepentingan.
PANDUAN PENGISIAN BORANG PEMOTONGAN KAVEAT PERSENDIRIAN (19H)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Bagi Permohonan Tanah Rizab Melayu mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
3. No. P.A Bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan nombor My Kad).
4. Syer yang hendak dikaveatkan.
5. Sebab - sebab pembelian oleh individu/syarikat (sertakan Sales and Purcase Agreement / S & P ).
6. Sebab - sebab pembelian lain oleh individu / syarikat (sertakan dokumen sokongan).
7. Bagi permohonan oleh syarikat, sila sertakan M & A, Form 49, 24 dan 11 dari R.O.C.
8. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (individu atau pengarah syarikat).
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PEMOTONGAN KAVEAT PERSENDIRIAN (19H)
1. Borang Tarik Balik Kaveat 19H yang telah diisi dengan lengkap.
2. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (gelap / kabur tidak akan diterima).
3. Dokumen - dokumen sokongan seperti S & P dan lain - lain.
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Pemotongan Kaveat Persendirian (19H)
1. Senarai Semak
Permohonan Pertukaran Nama
PERMOHONAN PERTUKARAN NAMA
DEFINISI
Satu (1) permohonan pertukaran nama yang salah di dalam hakmilik kepada nama yang betul mengiku MyKad
PANDUAN PENGISIAN BORANG PERTUKARAN NAMA
1. Hakmilik Asal (Geran)
2. Borang Pertukaran Nama (sek. 378 KTN)
3. Borang diisi dengan PEN HITAM DAKWAT BASAH (gel pen dan ball pen dilarang)
4. Penyaksian di hadapan peguam atau pentadbir tanah (TRM)
5. Surat akuan disaksikan oleh pesuruhjaya sumpah
6. Sijil pengesahan biometric pemilik berdaftar
7. Fee pendaftaran RM 40.00
PENDAFTARAN
Permohonan dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar di mana hakmilik tersebut di keluarkan.
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Pertukaran Nama
2. Akuan Berkanun Pertukaran Nama
3. Senarai Semak
4. Borang Pengesahan Biometrik Urusan Tukar Nama Seksyen 378 KTN
Permohonan Pertukaran Alamat
PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT
DEFINISI
Satu (1) dokumen suratcara yang dibuat untuk penukaran alamat / nama orang atau badan yang berkepentingan kepada alamat / nama yang baru di dalam hakmilik.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon merupakan penama bagi hakmilik berkenaan bagi membuat penukaran alamat / nama.
PANDUAN PENGISIAN BORANG PERTUKARAN ALAMAT
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Nyatakan nama dan nombor My Kad pemilik tanah.
3. Nyatakan nombor Hakmilik, nombor Lot dan Mukim.
4. Nyatakan nama dan nombor My Kad pemohon pada tandatangan.
5. Alamat / Nama lama dan baru yang hendak ditukar.
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PERTUKARAN ALAMAT
1. Hakmilik (geran) asal / salinan hakmilik.
2. Borang Tukar Alamat yang lengkap.
3. Salinan My Kad pemohon yang jelas dan terang, bahagian depan dan belakang (gelap atau kabur tidak akan diterima).
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Pertukaran Alamat (26A)
Permohonan Carian Rasmi / Persendirian
1. Mana - mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.
KAEDAH PERMOHONAN
Salinan Di Akui Sah (CTC)
Permohonan Hakmilik Hilang
PERMOHONAN HAKMILIK HILANG
BAGAIMANA CARANYA MENDAPATKAN HAKMILIK BARU BAGI TANAH TERSEBUT?
Hendaklah memastikan bahawa hakmilik tersebut benar-benar hilang sebelum membuat repot kehilangan di Balai Polis yang berdekatan. Seterusnya tuan/puan bolehlah hadir di Pejabat Tanah dimana hakmilik tanah itu didaftarkan atau di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk memohon hakmilik yang baru.
CARA-CARA MEMOHON
1. Menggunakan borang permohonan hakmilik hilang (Seksyen 187B KTN) yang telah lengkap diisi ;
2. Disertakan dengan repot polis;
3. Akuan kehilangan;
4. Salinan hakmilik dan akuan bank (jka ada);
5. Carian rasmi;
6. Salinan kad pengenalan/ sijil kematian dan;
7. Bayaran permohonan sebanyak RM400 bagi setiap hakmilik.
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Permohonan Hakmilik Hilang
2. Surat Akuan Pemilik Hidup
3. Surat Akuan Pemilik Meninggal Dunia (Waris)
Permohonan Turun Milik
PERMOHONAN TURUNMILIK AKIBAT KEMATIAN GRANT PROBATE/LETTER OF ADMINISTRATION/DE BONIS NON (TMAMG/TMAML/TMAMD)
PANDUAN PENGISIAN BORANG 51(O)
1. Menggunakan borang permohonan hakmilik hilang (Seksyen 187B KTN) yang telah lengkap diisi ;
2. Borang 51(O);
3. Borang diisi dengan PEN HITAM DAKWAT BASAH (gel pen dan ball pen dilarang);
4. Pengesahan jadual tanah oleh Pentadbir Tanah (TRM)/ bukan TRM - peguam;
5. Sijil mati pemilik berdaftar;
6. Salinan ic wasi/pentadbir/executor;
7. Salinan sijil lahir wasi/pentadbir/executor (TRM);
8. Bagi nama pemilik yang tidak sama pada hakmilik/sijil mati/perintah, waris perlu membuat akuan, fee pendaftaran RM 10.00;
9. Salinan diakui sah oleh mahkamah Grant Probate/Letter of Administration/De Bonis Non bersama-sama senarai harta;
10. Fee pendaftaran RM 50.00;
MUAT TURUN BORANG
1. Muat Turun Borang 51(O)
1. Senarai Semak
Kadar Bayaran Kaunter Pendaftaran
Unit Pendaftaran Tanah
Senarai Fi Dan Kadar Bayaran Bagi Urusan Tanah Di Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
(Berdasarkan Kaedah-Kaedah Tanah Selangor Pindaan 2016)
Pemberimilikan
PEMBERIMILIKAN
DEFINISI
Melupuskan tanah kerajaan untuk selama - lamanya atau untuk satu (1) tempoh sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa. Maklumat Lanjut
JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON
Semua tanah kerajaan di dalam Negeri Selangor kecuali :
i) Tanah Milik
ii) Tanah Rizab
iii) Tanah Lombong
iv) Tanah Simpan
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas.
2. Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun).
3. Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.
KATEGORI / TUJUAN PERMOHONAN TANAH
1. Pertanian
2. Bangunan Kediaman
3. Bangunan Perniagaan
4. Perindustrian
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Permohonan
2. Borang Butiran Individu
3. Borang Butiran Agensi/Syarikat
4. Borang Permohonan Tanah (Jadual 1 KTN) *Bagi permohonan tanah daerah Klang hanya boleh didapati di Unit Pelupusan Tanah, Pejabat Daerah / Tanah Klang
Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
DEFINISI
Lesen yang dikeluarkan kepada individu, syarikat / perbadanan bagi menduduki tanah kerajaan untuk tempoh yang berakhir pada setiap tahun.
JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON
i) Tanah Kerajaan
ii) Tanah Lombong yang pada masa itu tidak digunakan untuk maksud - maksud perlombongan
iii) Tanah Rizab yang pada masa itu tidak digunakan untuk maksud - maksud yang ianya dirizabkan
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas.
2. Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun).
3. Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak LPS
2. Borang Permohonan LPS (Individu)
3. Borang Permohonan LPS (Agensi/Syarikat)
4. Borang Memperbaharui Permohonan LPS
Pengambilan Tanah
PENGAMBILAN TANAH
DEFINISI
Mengambil mana - mana tanah milik menerusi proses undang - undang bagi segala bentuk pembangunan fizikal yang memerlukan tanah untuk dijadikan sebagai tapak dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, walaupun tuan tanah tidak bersetuju menjualnya dan tawar - menawar mengenai harga tidak diperlukan.
TUJUAN PENGAMBILAN TANAH
a) Untuk maksud awam
b) Oleh mana - mana orang atau perbadanan untuk maksud mengikut pendapat Pihak Berkuasa Negeri dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau sebahagian daripadanya / manfaat kepada orang awam secara umumnya / kepada suatu kelas orang awam dan untuk maksud perlombongan / perumahan / pertanian / perniagaan / perusahaan atau maksud rekreasi.
c) Mana - mana kombinasi daripada maksud itu.
TANAH - TANAH YANG BOLEH DIAMBIL
1. Tanah milik.
2. Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik seperti A.A atau Surat Akuan / melalui catatan dalam Daftar Pegangan di bawah Akta Tanah (Kawasan - Kawasan Penempatan Berkelompok)
3. Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat seperti tanah yang diduduki oleh Orang Asli turun - temurun (tidak termasuk kawasan rayau).
4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.
ORANG BERKEPENTINGAN
Orang yang berkepentingan seperti berikut berhak mendapat pampasan:
a) Penduduk atas tanah.
b) Pemilik tanah.
c) Orang / badan yang mempunyai kepentingan berdaftar seperti pemegang gadai, pemegang pajak, pemegang pajak pajakan kecil, pemegang gadai pajaan dan pemegang ismen.
d) Orang yang berkepentingan yang lain seperti pentadbir, pemasuk kaveat, pemegang lien, pemegang lien pajakan, pemegang (donee) suratkuasa wakil (Power of Attorney), Pegawai Pemegang Harta, Pemegang Amanah, Wasi dan sebagainya.
e) Orang yang menuntut (Claim) kepentingan dalam pampasan.
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Permohonan Pengambilan Tanah dibawah Seksyen 8 & Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan tanah 1960
2. Senarai Semak Permohonan Pengambilan Tanah dibawah Seksyen 4 & Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan tanah 1960
3. Senarai Maklumat Lengkap Bagi Fail Pengambilan Tanah
Pewartaan
PEWARTAAN
DEFINISI
Tanah kerajaan yang diwartakan untuk maksud awam merupakan tanah rizab.
CARA - CARA PERMOHONAN
a) Dipohon melalui Pentadbir Tanah
b) Dipohon oleh Jabatan - Jabatan berkaitan dan Agensi Kerajaan sahaja.
SENARAI SEMAK PERMOHONAN
1. Surat permohonan pewartaan daripada Jabatan - Jabatan / Agensi Kerajaan.
2. Mengandungi butiran maklumat seperti berikut:
a) Tujuan permohonan
b) Nama sebagai contoh "Masjid Al- Mukminun"
c) Alamat lokasi yang dipohon (Mukim, Pekan, Bandar)
d) Dirizabkan untuk satu (1) maksud awam sahaja
3. Mengemukakan pelan tanah bagi kawasan yang dipohon:
a) Pelan daripada Pejabat Daerah / Tanah Klang
b) Pelan diakui daripada JUPEM / Pelan Ukur terperinci yang menunjukkan ikatan ke tanda sempadan rasmi berhampiran yang sedia ada
MUAT TURUN BORANG
1. Muat Turun Senarai Semak Permohonan Pewartaan/ Perizapan Tanah Kerajaan (Masjid/ Surau)
2. Muat Turun Senarai Semak Permohonan Pewartaan/ Perizapan Tanah Kerajaan (Kuil/ Tokong/ Gereja)
3. Muat Turun Senarai Semak Permohonan Pewartaan/ Perizapan Tanah Kerajaan (Sekolah)
4. Muat Turun Senarai Semak Permohonan Pewartaan/ Perizapan Tanah Kerajaan (Warta& Pajakan)
5. Muat Turun Senarai Semak Permohonan Pembatalan Pewartaan/ Perizapan Tanah Kerajaan
Permit Bahan Batuan
PERMIT BAHAN BATUAN
DEFINISI
Bahan batu bermaksud apa - apa batuan, batu, marmar, kelikir, pasir, tanah bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cengkerang / tahi kelawar di dalam / di atas mana - mana tanah dan termasuk juga apa - apa bata, granit, batu kapur, simen / lain - lain barangan yang dikilang darinya.
JENIS TANAH YANG BOLEH DIKELUARKAN PERMIT
i) Tanah Kerajaan
ii) Tanah Milik (Geran)
iii) Tanah Lombong
iv) Tanah Rizab
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas.
2. Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun).
3. Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.
MUAT TURUN BORANG
1. Muat Turun Senarai Semak Permohonan Permit Mengambil Batuan (Tanah Milik)
2. Muat Turun Borang Permohonan Permit Mengambil Bahan Batuan Di Atas Tanah Hakmilik
3. Muat Turun Senarai Semak Permohonan Permit Mengeluar Bahan Batuan (Tanah Kerajaan / Tanah Rizab / Lombong)
4. Muat Turun Borang Permohonan Permit Mengeluarkan Bahan Batuan Atas Tanah Kerajaan / Tanah Rizab / Lombong
Permit Ruang Udara
PERMIT RUANGAN UDARA
TUJUAN PENGELUARAN PERMIT
Untuk mendirikan, menyenggara dan menduduki binaan - binaan yang melintasi Tanah Kerajaan / Tanah Rizab sebagai sambungan kepada mana - mana binaan yang terletak atas tanah bersebelahan.
CARA - CARA PERMOHONAN
a) Dibuat di Pejabat Daerah / Tanah
b) Butir - butir lanjut berkenaan binaan yang dicadangkan akan didirikan dan diselenggara.
c) Pelan binaan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
d) Bagi kes yang melibatkan tanah rizab, surat kebenaran daripada pengawal yang mengawal rizab berkenaan.
TEMPOH PERMIT
Tidak melebihi 21 tahun.
HAK PEMEGANG PERMIT
Pemegang permit berhak terhadap ruang udara seluas yang disempadani oleh sesuatu binaan itu sahaja.
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Permohonan Permit Ruang Udara
Fi Dan Kadar Bayaran
Unit Pelupusan Tanah
Senarai Fi Dan Kadar Bayaran Bagi Urusan Tanah Di Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
(Berdasarkan Kaedah-Kaedah Tanah Selangor Pindaan 2016)
Serah & Berimilik Semula
SERAH DAN BERIMILIK SEMULA
DEFINISI
Serah dan berimilik semula tanah bermaksud menyerah satu (1) atau lebih lot - lot berdampingan yang dipegang di bawah hakmilik dua (2) lot tanah milik berdamping dan diberimilik semula serta merta kepada tuan punya dalam unit - unit berlainan sebagaimana yang telah dipohon. Maklumat Lanjut
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen - dokumen berkaitan.
(Sila muat turun senarai semak di bawah)
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN
1. Tidak lebih satu (1) hektar, RM 50.00
2. Satu (1) hingga 10 hektar, RM 100.00
3. Lebih 10 hektar pertama, RM 100.00
4. Tambahan setiap hektar, RM 10.00
*Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Serah Dan Berimilik Semula
2. Borang Serah Dan Berimilik Semula (12D)
Penyatuan Tanah
PENYATUAN TANAH
DEFINISI
Penyatuan Tanah bermaksud dua (2) lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang di bawah hak milik berasingan adalah dicantumkan menjadi satu (1) dan dipegang di bawah satu (1) hak milik. Maklumat Lanjut
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen - dokumen berkaitan.
(Sila muat turun senarai semak di bawah)
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN RM 150.00 bagi setiap hak milik.
*Catatan :Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Penyatuan Tanah
2. Borang Permohonan Penyatuan Tanah (9C)
Pecah Sempadan & Tukar Syarat Serentak
PECAH SEMPADAN DAN TUKAR SYARAT SERENTAK
DEFINISI
Permohonan serentak pecah sempadan dan tukar syarat tanah bermaksud mendapatkan satu (1) hakmilik atau lebih dengan tujuan mengubah / mengenakan jenis kegunaan tanah untuk membolehkan ianya dimajukan bagi maksud yang lain daripada yang dibenarkan pada masa ini. Maklumat Lanjut
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen - dokumen berkaitan.
(Sila muat turun senarai semak di bawah)
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN
1. Kurang Daripada 10 Hektar, RM 120.00
2. 10 Hektar Sehingga 50 Hektar, RM 360.00
3. Lebih 50 Hektar, RM 600.00
*Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Pecah Sempadan & Tukar Syarat Serentak
2. Borang Pecah Sempadan & Tukar Syarat Serentak (7D)
Pecah Sempadan
PECAH SEMPADAN
DEFINISI
Pecah Sempadan bertujuan untuk memecah sempadan tanah kepada plot - plot yang lebih kecil tanpa mengubah apa - apa dari segi pemilikannya. Maklumat Lanjut
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Tidak boleh kurang daripada satu (1) ekar setiap plot bagi tanah pertanian.
2. Mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Perancang.
3. Mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah lading.
4. Tiada tunggakan cukai tanah.
5. Mempunyai jalan keluar masuk yang sah bagi setiap plot yang dipecah.
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen - dokumen berkaitan.
(Sila muat turun senarai semak di bawah)
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN
1. Kurang Daripada 10 Hektar, RM 120.00
2. 10 Hektar Sehingga 50 Hektar, RM 360.00
3. Lebih 50 Hektar, RM 600.00
4. Tambahan setiap hektar, RM 10.00
*Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Pecah Sempadan
2. Borang Pecah Sempadan (9A)
Pecah Bahagian
PECAH BAHAGIAN
DEFINISI
Pecah bahagian bermaksud memecahkan satu (1) lot tanah yang dipegang oleh dua (2) orang atau lebih tuan tanah bersama mengikut hak masing - masing dengan hakmilik berasingan.
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Bagi tanah pertanian, minimum keluasan yang boleh dipecahbahagi ialah 0.25 ekar setiap bahagian.
2. Sekiranya tidak mendapat persetujuan kesemua tuan tanah, permohonan pecah bahagian masih belum dikemukakan oleh seorang atau sebahagian daripada tuan tanah bagi bagi sesuatu hakmilik itu. Notis makluman aan dikeluarkan serta satu (1) sesi siasatan akan dilaksanakan sekiranya terdapat bantahan dikemukakan ke atas permohonan.
3. Jika salah seorang tuan tanah telah meninggal dunia, dinasihatkan agar pesaka diselesaikan terlebih dahulu untuk memudahkan urusan permohonan.
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Jurukur.
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN
RM 100.00 bagi setiap hakmilik.
*Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Pecah Bahagian
2. Borang Pecah Bahagian (9B)
Tukar Syarat Tanah
TUKAR SYARAT TANAH
DEFINISI
Tukar syarat bermaksud pengubahan kategori kegunaan tanah atau pengenaan kategori kegunaan tanah yang baru / pembatalan / pindaan syarat nyata / pengenaan syarat nyata baru untuk membolehkannya menggunakan / memajukan tanah bagi maksud yang lain daripada yang dibenarkan pada masa ini. Maklumat Lanjut
KUASA MELULUSKAN
1. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Bagi permohonan One Stop Centre).
2. Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor (Permohonan meminda syarat nyata tanah).
3. Pengarah Tanah dan Galian Selangor (Rizab Melayu).
4. Pentadbir Tanah Klang (Permohonan kilang tanpa kebenaran - dalam zoning).
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN
1. Tidak Lebih Satu (1) Hektar, RM 70.00
2. Satu (1) Hingga 10 Hektar, RM 140.00
3. Lebih 10 Hektar (10 Hektar Pertama), RM 100.00
4. Lebih 10 Hektar (Tambahan Setiap Hektar), RM 10.00
5. Lebih 10 Hektar (Meminda Syarat Nyata), RM 60.00
*Catatan : Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Tukar Syarat Tanah
2. Borang Tukar Syarat Tanah (44C)
Serah Bahagian
SERAH SEBAHAGIAN
DEFINISI
Serah sebahagian tanah bermaksud menyerahkan atau mengeluarkan suatu bahagian itu daripada keluasan hakmiliknya, kebiasaannya bagi tujuan pembangunan dan diserah untuk kegunaan awam seperti jalan dan parit. Maklumat Lanjut
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Jurukur yang telah dilantik oleh pemohon.
KUASA MELULUSKAN
1. Pentadbir Tanah Klang bagi hakmilik yang dipegang oleh Pejabat Tanah.
2. Pengarah Tanah dan Galian Selangor bagi hakmilik yang dipegang oleh Pendaftar Negeri.
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN
Tiada sebarang pembayaran yang dikenakan.
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Serah Bahagian
2. Borang Serah Bahagian (12B)
Hak Lalu Lalang
HAK LALU LALANG
DEFINISI
Permohonan hak lalu lalang bermaksud mewujudkan hak lalu lalang persendirian atau awam bagi kegunaan atau manafaat bersama. Maklumat Lanjut
JENIS - JENIS HAK LALU LALANG
1. Hak lalu lalang Pentadbir Tanah - diwujudkan bagi membolehkan tanah milik seseorang itu digunakan sebagai laluan keluar masuk kepada perhentian awam seperti jalan awam.
2. Hak lalu lalang persendirian jika ianya diwujudkan bagi faedah Pihak Berkuasa Negeri, tuan punya mana - mana tanah milik atau penduduk mana - mana tanah milik.
3. Hak lalu lalang awam sekiranya diwujudkan untuk faedah orang ramai.
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
KUASA MELULUSKAN
1. Pentadbir Tanah Daerah.
MUAT TURUN BORANG
1. Senarai Semak Hak Lalu Lalang
2. Borang Hak Lalu Lalang (28A)
Fi Dan Kadar Bayaran
Unit Pembangunan Tanah
Senarai Fi Dan Kadar Bayaran Bagi Urusan Tanah Di Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
(Berdasarkan Kaedah-Kaedah Tanah Selangor Pindaan 2016)
Pembayaran Secara Ansuran
PEMBAYARAN SECARA ANSURAN
Sekiranya pemilik tanah mengemukakan permohonan untuk membuat pembayaran cukai tanah dan tunggakan cukai tanah secara ansuran maka Permohonan Pengurangan / Pengecualian Fi Tunggakan akan diberi kelulusan pada bayaran akhir seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual Pembayaran Ansuran.
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Permohonan Pembayaran Secara Ansuran Cukai Tanah
Pemindahan Bayaran
PEMINDAHAN BAYARAN
Sekiranya pemilik tanah membuat pembayaran cukai tanah ke atas tanah yang dimiliki oleh orang lain akibat kesilapan / kecuaian diri maka pemilik tanah yang melakukan kecuaian berkenaan boleh membuat permohonan untuk membuat pemindahan bayaran yang telah dibuat ke atas tanah milik orang lain ke tanah milik sendiri.
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Menyertakan resit - resit pembayaran yang telah dilaksanakan semasa permohonan dibuat.
2. Menyertakan dokumen - dokumen berkaitan (Surat Perjanjian Jual Beli dan Salinan Geran Terkini)
3. Surat akuan sumpah (sekiranya diperlukan sahaja)
MUAT TURUN BORANG
1. Borang Permohonan Pemindahan Bayaran
Pengurangan Fi Tunggakan
PENGURANGAN / PENGECUALIAN BAYARAN FI TUNGGAKAN
MAKLUMAN
Fi Tunggakan akan dikenakan jika pemilik tanah gagal membuat pembayaran sebelum 31 Mei pada setiap tahun dan dikenakan kadar denda lewat seperti berikut :
KADAR | DENDA |
RM 10.00 dan kurang | RM 1.00 |
RM 10.01 - RM 50.00 | RM 2.00 |
RM 50.01 - RM 100.00 | RM 5.00 |
Lebih daripada RM 100.00 | 7% daripada Jumlah Perlu Bayar |
SYARAT - SYARAT PERTIMBANGAN
1. Pemilik tanah mengemukakan permohonan untuk kali pertama bagi setiap hakmilik.
2. Jumlah minimum bayaran denda lewat bagi permohonan syarikat adalah sebanyak RM 1,000.00 manakala individu, RM 10.00
3. Menghadapi masalah kesihatan (Sila lampirkan surat pengesahan / pengakuan daripada doktor yang berdaftar).
4. Masalah kemiskinan dengan pendapatan seisi keluarga kurang dari RM 1,500.00 sebulan (Sila lampirkan salinan slip gaji / surat akuan sumpah).
5. OKU / Pesara (Sila lampirkan salinan Kad Pengenalan OKU / Kad Pesara / Kad Pengenalan)
6. Menghadapi masalah dengan pemaju perumahan - Projek terbengkalai / gulung tikar (Sila lampirkan surat pengesahan daripada pihak berkaitan seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) / Jabatan Insovensi / lain - lain.
7. Lain - lain sebab yang munasabah sekiranya disertakan sekali dengan bukti yang kukuh.
SYARAT - SYARAT KELULUSAN
1. Pemohon hendaklah menjelaskan keseluruhan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah termasuk denda lewat terlebih dahulu.
2. Jumlah pengurangan yang diluluskan akan dibawa ke hadapan (KREDIT) ke dalam cukai tanah bagi tahun berikutnya.
MUAT TURUN BORANG
1. Muat Turun Borang Permohonan Pengurangan Fi Tunggakan
Fi Dan Kadar Bayaran
Unit Hasil
Senarai Fi Dan Kadar Bayaran Bagi Urusan Tanah Di Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
(Berdasarkan Kaedah-Kaedah Tanah Selangor Pindaan 2016)
Kebenaran Pindahmilik, Gadaian Dan Pajakan
Fi Dan Kadar Bayaran
Unit Pindahmilik Dan Lelongan
Senarai Fi Dan Kadar Bayaran Bagi Urusan Tanah Di Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
(Berdasarkan Kaedah-Kaedah Tanah Selangor Pindaan 2016)
Fi Dan Kadar Bayaran Bagi Semua Urusan Tanah
Senarai Fi Dan Kadar Bayaran Bagi Semua Urusan Tanah Di Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
(Berdasarkan Kaedah-Kaedah Tanah Selangor Pindaan 2016)

SENARAI MUAT TURUN BORANG BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN











