Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

KPDNKK periksa 22 premis di Klang

image

KLANG - Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor memeriksa telah memeriksa 22 premis melibatkan kedai runcit, kedai sukan dan alat tulis bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sesuka hati.

Pemeriksaan dibuat pada jam11 pagi, hari ini di sekitar Meru dan Kapar, Klang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Abdul Rosik Yakub berkata, hasil pemeriksaan menerusi Ops Harga  lepas merekodkan lima kes kerana tidak mempamerkan tanda harga dan alat timbang tamat tempoh.

"Tindakan kompaun telah diambil dan keseluruhan kompaun berjumlah RM1,000" katanya.

Beliau berkata, ini adalah pemeriksaan biasa dan proaktif yang dilakukan pihaknya.

Katanya, pihaknya menyarankan agar mematuhi peraturan yang telh ditetapkan. Pastikan tanda harga dipamerkan dengan jelas dan jadilah peniaga yang beretika.

Kesalahan disiasat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


Kemaskini pada 2017-03-23 12:27:05 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page