Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Gudang simpan minuman keras diserbu

image

KLANG - Sebuah gudang yang menyimpan minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak bercukai diserbu.

Dalam operasi Ops Landai Pasukan Polis Marin (PPM) bersama pasukan Unit Gempur Marin menyerbu gudang tersebut yang terletak di Sungai Jati, Taman Wangsa, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, serbuan kira-kira jam 3.40 petang dibuat hasil risikan dan maklumat.

Menurutnya, dalam operasi ini, pihaknya telah merampas 4,080 tin dan 912 botol minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah RM21,600.

“Dalam pada itu, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai adalah pemilik premis telah ditahan,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal dapati minuman keras ini disyaki tidak bercukai dan akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

Malah, gudang ini juga dikatakan telah beroperasi sejak sebulan lalu. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti dalang yang membekal barang tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya

 


Kemaskini pada 2017-05-31 08:15:39 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page