KLANG - Nasib 17 ahli keluarga yang menjadikan bawah jambatan sebagai tempat berteduh sedikit terubat apabila mendapat perhatian Briged Aman dan Kebajikan Bersatu hari ini. Kumpulan yang diketuai pengerusinya, Abu Bakar Yahya itu tampil menyampaikan sumbangan berupa keperluan rumah bagi meringankan bebanan sepanjang Ramadan. "Bersatu terpanggil membantu keluarga ini dengan kesusahan yang mereka hadapi, betapa tabahnya mereka hidup dalam kesusahan ini. "Kami menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga ini," katanya. Sebelum ini, media melaporkan keluarga Eduar Kadir, 60, membina dua pondok di Jalan Kem Perlabuhan Klang itu daripada papan lapis serta berbumbungkan zink terpakai, bekalan elektrik dan air juga diperoleh hasil belas ihsan jiran yang menyambungkan kemudahan itu ke rumah mereka. Disebabkan ahli keluarga yang ramai termasuk seorang warga emas yang mengalami sakit tua dan terlantar, ada antara anak Eduar terutama anak lelaki tidur di tembok jambatan berkenaan beralaskan papan, tikar serta barang terpakai lain. |
Kemaskini pada 2017-06-08 15:58:03 daripada Admin ICT