BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN (PPRT)
Program ini merupakan satu (1) program yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh. Golongan sasaran bagi program ini adalah kepada keluarga yang mendiami rumah sedia ada dalam keadaan yang daif di atas tanah hakmilik sendiri serta terletak di dalam kawasan perkampungan tradisi / kampung baru. Di antara objektif - objektif yang ingin dicapai melalui program adalah seperti berikut :
|
Permohonan Bina Baru Rumah :
|
Memberi bantuan membina semula rumah yang keseluruhannya terlalu daif dan tidak boleh lagi dibaiki pada harga RM 30,000.00 sebuah. Pemohon yang berkelayakan akan menerima rumah yang dibina lengkap dengan dua (2) / tiga (3) bilik tidur dan bilik air serta secara keseluruhan berkeluasan 560 kaki persegi termasuk pendaiwaian dalaman elektrik dan pemasangan air dalaman.
|

Sebelum
|

Selepas
|
Permohonan Baik Pulih Rumah :
|
Memberi bantuan baik pulih bahagian rumah yang mengalami kerosakan pada kos kurang daripada RM 20,000.00
|

Sebelum
|

Selepas
|
Pemohon - pemohon yang berminat serta memenuhi Syarat - Syarat Kelayakan bagi program ini boleh mendapatkan borang permohonan di :
|
Kaunter Bahagian Pembangunan
Tingkat 1, Pejabat Daerah / Tanah Klang
Jalan Kota, 41902 Klang
Selangor.
|
Waktu Berurusan
|
:
|
|
Isnin - Khamis
|
:
|
8.30 - 1.00 tengahari
2.00 - 5.00 petang
|
Jumaat
|
:
|
8.30 - 12.15 tengahari
2.45 - 5.00 petang
|
|
|
|
Kemaskini pada 2018-11-21 22:48:36 daripada Vox Administrator