
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
| Soalan : | Apakah perbezaan di antara pecah sempadan dan pecah bahagian? |
| Jawapan : | Pecah sempadan bermaksud memecahkan satu lot tanah kepada lot-lot yang lebih kecil dengan tidak mengubah butiran pemilikannya. Contohnya, satu lot tanah dipecahsempadan kepada lot-lot yang lebih kecil untuk dijual oleh tuan tanah. Manakala, pecahbahagian pula adalah memecahkan satu lot tanahkepada lot-lot yang lebih kecil mengikut bahagian seperti mana yang telah didaftarkan di dalam geran.Contohnya jika satu lot tanah itu dipunyai oleh empat (4) tuan tanah berdaftar, maka lot tersebut akan dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut bahagian masing-masing. |
| Soalan : | Bolehkah permohonan untuk pecah bahagian dikemukakan sekiranya tidak mendapat persetujuan kesemua tuan tanah? |
| Jawapan : | Boleh, permohonan boleh dikemukakan oleh mana-mana tuan tanah namun satu pemberitahuan akan dikeluarkan dan disampaikan kepada kesemua tuan tanah berdaftar untuk memaklumkan tentang permohonan tersebut. Sekiranya terdapat bantahan, ianya perlulah dikemukakan dalam masa yang telah ditetapkan dan satu sesi siasatan / pendengaran ke atas bantahan tersebut akan diadakan oleh Pentadbir Tanah Klang. |
| Soalan : | Berapakah keluasan minimum yang boleh dipecahbahagi? |
| Jawapan : | Minimum keluasan yang boleh dipecahbahagi bagi tanah kategori pertanian ialah 0.25 ekar. |

UNIT PENDAFTARAN TANAH
PENYAKSIAN | |
| Soalan : | Bilakah hari penyaksian di Pejabat Daerah dan Tanah Klang? |
| Jawapan : | Penyaksian: Hari Isnin, Rabu dan Khamis. Waktu Operasi dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. |
| Soalan : | Adakah Pejabat Daerah dan Tanah Klang menerima sesi penyaksian bagi hakmilik dari negeri selain Selangor? |
| Jawapan : | Tidak. Pejabat Daerah dan Tanah Klang hanya menerima sesi penyaksian bagi hakmilik yang berdaftar di Negeri Selangor sahaja berdasarkan arahan Pentadbir Tanah. |
| Soalan : | Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa sesi penyaksian bersama Pentadbir Tanah? |
| Jawapan : | 1) Kad pengenalan asal 2) Sijil kelahiran asal 3) Carian Rasmi untuk tempoh tiga hari bekerja dari tarikh penyaksian (Carian Persendirian bagi hakmilik individu) 4) Borang berkanun yang berkaitan |
| Soalan : | Di mana permohonan Carian Rasmi dan Carian Persendirian boleh dibuat? |
| Jawapan : | Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor atau melalui Kiosk Carian di Pejabat Tanah. |
| Soalan : | Bagi Tanah Rizab Melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh peguambela atau peguamcara? |
| Jawapan : | Penyaksian bagi hakmilik Rizab Melayu hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah Daerah sahaja. |
| Soalan : | Bagi Tanah Bukan Rizab Melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh Pentadbir Tanah? |
| Jawapan : | Penyaksian bagi hakmilik Bukan Rizab Melayu boleh disempurnakan oleh Pentabir Tanah atau saksi lain yang dibenarkan di dalam Jadual Kelima KTN. |
SIASATAN | |
| Soalan : | Bilakah hari siasatan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang? |
| Jawapan : | Siasatan Lelong: Hari Selasa. Waktu Operasi: 9.30 pagi – 12.00 tengahari. Siasatan Pindahmilik: Hari Jumaat. Waktu Operasi: 9.30 pagi – 11.45 pagi. |
| Soalan : | Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa sesi siasatan pindahmilik bersama Pentadbir Tanah? |
| Jawapan : | 1) Kad pengenalan penjual 2) Slip biometrik penjual 3) Borang 14A / Geran asal 4) Notis Taksiran LHDN |
| Soalan : | Adakah hartanah yang bernilai lebih RM1 juta wajib melalui siasatan sebelum diluluskan untuk urusan pindah milik? Dan adakah penjual dan pembeli perlu hadir? |
| Jawapan : | Tidak. Hanya hartanah bernilai melebihi RM 5 juta yang perlu melalui siasatan bersama Pentadbir Tanah, dan proses ini melibatkan pihak penjual sahaja. |
BIOMETRIK | |
| Soalan : | Adakah pelanggan perlu membuat temu janji sebelum hadir ke pejabat untuk urusan biometrik? |
| Jawapan : | Tiada keperluan untuk temu janji. Kaunter dibuka setiap hari pada waktu operasi kaunter. |
| Soalan : | Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa urusan biometrik? |
| Jawapan : | Bawa maklumat hakmilik dan juga kad pengenalan. |
TATACARA DALAM PENYEDIAAN DAN PENYERAHAN DOKUMEN | |
| Soalan : | Bolehkah wakil menyerahkan dokumen bagi pihak pemilik? |
| Jawapan : | Ya, wakil boleh menyerahkan dokumen bagi pihak pemilik, dengan syarat membawa surat wakil yang sah dan dokumen pengenalan yang lengkap. |
| Soalan : | Adakah wakil firma guaman dibenarkan untuk membuat penyerahan dokumen melalui kaunter? |
| Jawapan : | Tidak. Penyerahan dokumen oleh wakil firma guaman perlu dilakukan secara layan diri menggunakan Kiosk Smartbox Selangor. |
| Soalan : | Sekiranya penyerahan dokumen dilakukan melalui Kiosk Smartbox, adakah pungutan boleh dibuat di kaunter? |
| Jawapan : | Tidak. Pungutan dokumen juga perlu dilakukan melalui Kiosk Smartbox Selangor. |
| Soalan : | Adakah borang berkanun dibenarkan untuk diisi menggunakan pen dakwat biru? |
| Jawapan | Tidak dibenarkan menggunakan pen warna biru. Borang perlu diisi dengan pen dakwat basah hitam atau ditaip sahaja. |
PERMOHONAN PENGGANTIAN HAKMILIK HILANG | |
| Soalan : | Apakah dokumen lengkap yang diperlukan untuk membuat permohonan gantian geran hilang? |
| Jawapan | Senarai semak dokumen yang diperlukan bagi penggantian hakmilik hilang mengikut kategori adalah seperti di pautan senarai semak. |
| Soalan | Adakah terdapat borang tertentu yang perlu diambil atau dimuat turun sebelum hadir ke pejabat? |
| Jawapan | 1) Salinan templat akuan sumpah (bagi pemilik masih hidup atau meninggal dunia) adalah seperti di pautan senarai borang dan boleh diisi dan ditandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. 2) Salinan carian rasmi boleh dimohon melalui sistem eTanah atau melalui kiosk carian di Pejabat Tanah Klang (tempoh sah laku 14 hari) 3) Salinan penyata cukai (yang telah diselesaikan) - boleh dicetak melalui sistem eTanah atau dicetak di kaunter Hasil, Pejabat Tanah Klang |
| Soalan | Adakah permohonan ini memerlukan temujanji, atau boleh hadir secara walk-in ke kaunter? |
| Jawapan | Permohonan boleh dibuat secara walk-in di Kaunter Pendaftaran dengan mengambil nombor giliran, bagi permohonan melalui firma guaman perlu dibuat melalui Kiosk Smartbox Selangor. |
| Soalan | Berapakah anggaran bayaran bagi proses gantian hakmilik hilang? |
| Jawapan | Bayaran bagi gantian hakmilik hilang mengikut kategori adalah seperti berikut:
|
| Soalan | Adakah perlu mengemukakan iklan akhbar atau sebarang dokumen tambahan lain? |
| Jawapan | Permohonan pemakluman / siaran warta Kerajaan akan dibuat oleh Pejabat Tanah kepada Percetakan Nasional Berhad, dan pihak pemohon boleh membeli siaran warta di Percetakan Nasional Berhad selepas mendapat surat pemprosesan daripada Pejabat Tanah. |










