Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Rabu, 4 Februari 2026 | 16 Sya’ban 1447H | 19:09
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
carian
w3c
bahasa
faq
hubungi
maklumbalas
sitemap

Skim Bantuan Kemiskinan

image

BANTUAN KERAJAAN RUMAH PRIHATIN (PPRT)

Program ini merupakan satu (1) program yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh. Golongan sasaran bagi program ini adalah kepada keluarga yang mendiami rumah sedia ada dalam keadaan yang daif di atas tanah hakmilik sendiri serta terletak di dalam kawasan perkampungan tradisi / kampung baru. Di antara objektif - objektif yang ingin dicapai melalui program adalah seperti berikut :


PERMOHONAN BINA BARU RUMAH :
Memberi bantuan membina semula rumah yang keseluruhannya terlalu daif dan tidak boleh lagi dibaiki pada harga RM 30,000.00 sebuah. Pemohon yang berkelayakan akan menerima rumah yang dibina lengkap dengan dua (2) / tiga (3) bilik tidur dan bilik air serta secara keseluruhan berkeluasan 560 kaki persegi termasuk pendaiwaian dalaman elektrik dan pemasangan air dalaman.

image

Sebelum

image

Selepas

PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH :
Memberi bantuan baik pulih bahagian rumah yang mengalami kerosakan pada kos kurang daripada RM 20,000.00

image

Sebelum

image

Selepas

*Pemohon - pemohon yang berminat serta memenuhi Syarat - Syarat Kelayakan (Sila Rujuk Tab Syarat - Syarat Kelayakan) bagi program ini boleh mendapatkan borang permohonan di :

WAKTU BERURUSAN :

Kaunter Bahagian Pembangunan
Tingkat 1, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
Jalan Kota, 41902 Klang
Selangor.

Isnin - Khamis :
8.30 - 1.00 tengahari
2.00 - 5.00 petang

Jumaat :
8.30 - 12.15 tengahari
2.45 - 5.00 petang

image

PROGRAM 'BLUEPRINT' PEMBASMIAN KEMISKINAN

Program ini merupakan satu program yang dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasar menerusi projek ekonomi yang berdaya maju dan berpotensi untuk berkembang. Secara langsung ia bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kumpulan sasar iaitu golongan miskin dan berpendapatan rendah.


OBJEKTIF UTAMA
Menyalurkan bantuan berupa peralatan atau mesin yang diperlukan berdasarkan perusahaan / perniagaan yang sedang dijalankan. Membantu meningkatkan pendapatan golongan sasar.

KUMPULAN SASARAN
Golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang seperti berikut :
Jahitan / Perniagaan Runcit / Pengasuh Kanak Kanak / Perusahaan Kecil / Kraftangan.

image
image
image
image

*Pemohon - pemohon yang berminat serta memenuhi Syarat - Syarat Kelayakan (Sila Rujuk Tab Syarat - Syarat Kelayakan) bagi program ini boleh mendapatkan borang permohonan di :

WAKTU BERURUSAN :

Kaunter Bahagian Pembangunan
Tingkat 1, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang
Jalan Kota, 41902 Klang
Selangor.

Isnin - Khamis :
8.30 - 1.00 tengahari
2.00 - 5.00 petang

Jumaat :
8.30 - 12.15 tengahari
2.45 - 5.00 petang

image

SYARAT - SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM 1,500.00.
2. Umur pemohon adalah di antara 50 hingga 65 tahun sahaja kecuali Orang Kurang Upaya (OKU).
3. Pemohon yang menumpang tidak layak dipertimbangkan.
4. Keadaan rumah yang daif dan tidak sesuai untuk diduduki manakala bagi kerosakan asas boleh dipertimbangkan untuk baik pulih.
5. Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru, kedudukan tapak mestilah berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan kawasan banjir. Sekiranya tapak tiada punca air dan elektri, penerima bantuan bersetuju untuk menanggung sendiri kos pemasangan bekalan air dan eletrik.
6. Mempunyai tanggungan yang tinggal bersama tetapi tidak mempunyai sumber pendapatan.
7. Pemohon tidak mempunyai harta - harta yang dianggap mewah seperti perabot, peralatan eletrik berlebihan, kenderaan bermotor ( kecuali motosikal ) dan Astro.
8. Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan.
9. Pemohon yang memperolehi Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan rumah.
10. Terdapat bukti bahawa rumah berkenaan diduduki pemohon dan tanggungannya.
11. Pemohon - pemohon yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah dibuktikan telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun. Bukti diperolehi daripada ADUN Kawasan / Penghulu Mukim / Ketua Kampung kawasan.
12. Ketua keluarga mestilah Warganegara Malaysia dan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.
13. Mangsa bencana alam yang telah mendapat bantuan pemulihan daripada Lembaga Zakat Selangor atau Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Negeri Selangor tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin.
14. Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah dan bagi bantuan bina semula rumah, semua rumah - rumah daif perlu dirobohkan.
15. Pemohon yang berjaya adalah tertakluk untuk memulangkan surat penerimaan tawaran bantuan rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tawaran.
16. Semua keputusan permohonan bergantung kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan yang bersidang.
 


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah