DASAR EKSA PDTK
“AMALAN EKSA PDTK BERTUJUAN MEMBENTUK BUDAYA PERSEKITARAN KERJA BERKUALITI, EFISIEN DENGAN MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN, KEKEMASAN DAN KESELAMATAN BAGI MEREALISASIKAN MATLAMATNYA KE ARAH ORGANISASI CEMERLANG DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN”.
VISI EKSA PDTK
KE ARAH PERSEKITARAN YANG KEMAS, SERAGAM DAN SEMPURNA.
SLOGAN EKSA PDTK
“PROAKTIF, DEDIKASI TONGGAK KEJAYAAN”
LOGO EKSA PDTK
.
MISI EKSA PDTK
- Mencapai tahap tertinggi dalam kecekapan dan keberkesanan pengurusan operasi di tempat kerja;
- Mencapai pengiktirafan tertinggi dalam mewujudkan pengurusan persekitaran berkualiti di tempat kerja;
- Mencapai tahap teringgi dalam keupayaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja;
- Mencapai tahap tertinggi dalam keupayaan mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran di tempat kerja; dan
- Mencapai tahap tertinggi dalam amalan semangat bekerja secara berkumpulan di tempat kerja.
OBJEKTIF EKSA PDTK
Memastikan pengurusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) seperti berikut:
- Persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas dan selamat;
- Pengurusan operasi organisasi menjadi mudah, cekap dan selamat;
- Pengurusan stor dan dokumen yang lebih cekap dan berkesan;
- Penggunaan kaedah dan piawaian urusan kerja yang jelas;
- Penggunaan ruang kerja yang optimum;
- Peluang mengurangkan rungutan pelanggan;
- Peningkatan semangat kerja berpasukan;
- Peningkatan kecekapan sistem penyampaian; dan
- Peningkatan imej korporat organisasi.
Skop Kawasan Sesi Pengauditan
Pejabat Daerah/Tanah Klang
EKSA Pejabat Daerah/Tanah Klang
Kemaskini pada 2019-02-07 14:54:24 daripada Siti Rohaya