|
 |
|
Pada asalnya, Pejabat Daerah dan Tanah Klang beroperasi di Kompleks Jabatan - Jabatan Kerajaan di Jalan Kota, Klang yang kini telah ditadbir urus oleh Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID). Selari dengan arus perkembangan dan cabaran pada masa kini, maka Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pembinaan Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Klang bagi menangani masalah ruang kerja, pertambahan kakitangan dan beban tugas. Kompleks ini telah dibina ini di atas tapak berkeluasan 13.475 ekar serta dilengkapi dengan Dewan Serbaguna, Surau dan Taska. Selain daripada itu, Rumah Banglo Pegawai Daerah Klang dan Orang Besar Daerah Klang turut berada di dalam kawasan kompleks ini.
|
|