Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Pembinaan ECRL Puncak Alam diteruskan

Wartawan Sinar Harian II  07 NOVEMBER 2022

 
       

KUALA SELANGOR-   Kerajaan akan meneruskan pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam seperti mana yang diumumkan pada Jun lalu.

 

Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pada mulanya ada beberapa stesen ECRL tidak diluluskan dan belum mendapat kelulusan termasuk stesen Puncak Alam.

 

Bagaimanapun katanya, hasil perbincangan beliau dengan Kementerian Pengangkutan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan agensi berkaitan telah bersetuju meluluskan stesen ECRL berkenaan.
 

"Permintaan ini datang daripada penduduk di sini kerana laluan sudah ada cuma mereka inginkan pembinaan sebuah stesen ECRL di sini," katanya ketika sidang akhbar pada Hari Keluarga Bandar Puncak Alam di Bandar Puncak Alam sini pada Ahad.Tengku Zafrul berkata, lokasi sebenar pembinaan stesen itu ialah di Alam Suria Puncak Alam.

 

Ditanya bilakah kerja-kerja pembinaan stesen ECRL itu, beliau berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan untuk maklumat lanjut

 

Pada Jun lalu, Tengku Zafrul selalu Menteri Kewangan mengumumkan kelulusan bagi pembinaan stesen ECRL di Puncak Alam.

 

Projek ECRL dijangka beroperasi pada 2027 itu mampu menampung 5.6 juta penumpang setahun atau maksimum 440 penumpang bagi setiap perjalanan menerusi enam gerabaknya.

 

Jajaran ECRL itu melibatkan Selangor iaitu Seksyen C akan dibahagikan kepada dua iaitu Seksyen C1 dari Mentakab ke ITT Gombak dan Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang melalui Serendah.

 

Bagi Seksyen C2, ia melibatkan jajaran sepanjang 74.25 kilometer (km) yang merangkumi empat stesen iaitu Serendah Baru (penumpang dan kargo), Puncak Alam (stesen penumpang), Kapar (stesen penumpang) serta Pelabuhan Klang (penumpang dan kargo).

 

 


Kemaskini pada 2023-03-02 10:32:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page