|
MAJLIS PENYERAHAN BAYARAN SKIM MESRA USIA EMAS FASA KEDUA
Kuala Selangor - Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan kira-kira sejumlah RM1.6 juta untuk Skim Mesra Usia Emas di negeri ini. Seramai 83 orang penama berdaftar di kawasan Kuala Selangor iaitu kawasan DUN Jeram, DUN Bukit Malawati, DUN Permatang dan DUN Sg. Burong telah menerima Bayaran Skim Mesra Usia Emas Fasa Kedua. Seramai 22 orang di DUN Jeram dan telah diberikan sebanyak RM33,000.00 yang diterima setiap seorang berjumlah RM1500. Di DUN Bukit Malawati, 12 orang penama berdaftar telah menerima bayaran tersebut dan sebanyak RM18,000.00 telah diberikan. Penyampaian bayaran tersebut telah disampaikan oleh En Arshad Abu Bakar Pegawai Khas DUN Bukit Malawati. Seramai 21 orang penama berdaftar di DUN Permatang telah menerima bayaran berjumlah RM31,500.00. Manakala, DUN Sungai Burong pula, seramai 28 orang penama berdaftar telah menerima bayaran tersebut berjumlah RM42,000.00. Majlis penyampaian bayaran tersebut iaitu di DUN Jeram, DUN Permatang dan DUN Sungai Burong telah disempurnakan oleh Dr. Abdul Rani Osman, ADUN MERU yang mewakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains,Teknologi dan Inovasi.
 PENYERAHAN BAYARAN DUN JERAM
|
 PENAMA-PENAMA BERDAFTAR DI DUN JERAM
|
 PENAMA-PENAMA BERDAFTAR DI DUN BUKIT MALAWATI
|
 PENYERHANA BAYARAN DI DUN BUKIT MALAWATI
|
 PENYERAHAN BAYARAN DUN PERMATANG
|
 PENAMA-PENAMA BERDAFTAR DI DUN PERMATANG
|
 PENAMA-PENAMA BERDAFTAR DI DUN SUNGAI BURONG
|
 PENYERAHAN BAYARAN DUN SUNGAI BURONG
|
|
|
Kemaskini pada 2013-10-24 11:40:23 daripada Administrator