SEJARAH PENUBUHAN MBJ PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
| 1. | Bagi memacu penubuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, satu Majlis Taklimat MBJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah diadakan pada 24 Mei 2001 (Khamis) di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Semua Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah hadir. |
| 2. | Berikutan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urus setia telah mengambil inisiatif mengadakan Mesyuarat Pre Council Penubuhan MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). |
| 3. | Pemilihan perwakilan-perwakilan skim perkhidmatan yang telah dilakukan sempena majlis taklimat tersebut pada 12 Julai 2001 dan telah disahkan di dalam mesyuarat Pre Council tersebut. |
| 4. | Manakala cadangan Perlembagaan MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sejak 26 Jun 2001 dengan nombor pendaftaran 5001001. Walau bagaimanapun, perlembagaan ini telah dikemaskini dan mendapat kelulusan daripada JPA pada 14 September 2021. |
| 5. | Bagi memastikan perancangan Mesyuarat MBJ ini berjalan mengikut jadual sehingga kini, maka satu takwim tahunan telah disediakan seperti berikut: • Minggu ketiga Februari; • Minggu ketiga Jun; dan • Minggu ketiga Oktober. |
FUNGSI MBJ
| Bagi memacu penubuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, satu Majlis Taklimat MBJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah diadakan pada 24 Mei 2001 (Khamis) di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Semua Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah hadir. |
KEAHLIAN MBJ

KEKERAPAN MESYUARAT