hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

TAK TAHAN LAGI BAU BUSUK - 06.03.2016

Gan Pei Nei


RAWANG - Aktiviti sebuah kilang pembuatan besi di Batu 20 di sini, didakwa mengeluarkan bau busuk hingga menyebabkan gangguan kepada penduduk sekitar walaupun jaraknya lebih 600 meter.
 
Adun Rawang, Gan Pei Nei berkata, kilang yang beroperasi kira-kira dua tahun itu menjalankan perniagaan secara sah dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
 
Bagaimanapun, mengambil kira aduan daripada orang awam, pihaknya telah meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan ke atas kilang tersebut untuk mengetahui wujud pencemaran atau sebaliknya.
 
“Rentetan daripada pemeriksaan JAS, notis pematuhan telah dikeluarkan Oktober lalu, meminta kilang berkenaan memasang sistem kawalan, penapis dan pengumpulan habuk yang dilakukan berfasa serta ia selesai Februari lalu.
 
“Tempoh percubaan akan dijalankan selama tiga bulan dan menunggu ulasan seterusnya daripada JAS untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Katanya, proses peleburan besi yang sebelum ini dilakukan waktu malam diubah kepada siang hari selepas mendapat saranan daripada pihak berwajib.
 
“Aduan bau ini kita terima daripada penduduk Kampung Lim Tan, Taman Rawang Jaya, Greenpark, Sri Hijau dan Rawang Perdana.
 
“Kilang tersebut beroperasi di kawasan industri dan mematuhi zon penampan ditetapkan. Hanya masalah bau kuat yang datang daripada kilang itu membimbangkan penduduk seandainya ia boleh menjejaskan kesihatan mereka.
 
“Sampel ujian telah dihantar secara bulanan oleh kilang kepada JAS. Sekiranya bau busuk tersebut tidak selesai selepas pematuhan dilakukan oleh kilang, tindakan bersesuaian akan difikirkan,” katanya.

Kemaskini pada 2016-03-07 09:57:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page