A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Skim Komprehensif Takaful Selangor

 

1.RINGKASAN | 2.KEISTIMEWAAN | 3.KRITERIA KEMASUKAN SKIM SKTS 
4.PENGECUALIAN | 5.LAIN-LAIN SYARAT | 6.TATACARA TUNTUTAN

BORANG | LAMPIRAN 1 JADUAL PERLINDUNGAN

 

 



1. RINGKASAN

1.1 Kakitangan akan mendapat Dana Terkumpul/ Faedah Simpanan yang lumayan sebagai jaminan di  hari tua melalui faedah persaraan pada umur 55 tahun.

1.2 Kakitangan akan mendapat pampasan kewangan jika berlaku kematian atau keilatan kekal dan  menyeluruh akibat sebab biasa ataupun penyakit.

1.3 Kakitangan akan mendapat pampasan kewangan sekali ganda jika kematian atau keilatan kekal dan  menyeluruh akibat kemalangan.

1.4 Faedah Pendapatan Harian Hospital apabila dimasukkan ke wad.

1.5 Perbelanjaan Pengkebumian untuk anggota, pasangan dan anak-anak (maksimum 3 orang setahun)  akan dibayar serta-merta setelah mendapat surat pengesahan kematian.

 ** Rujuk Lampiran 1 untuk Jadual Pilihan Sumbangan dan Perlindungan.



2. KEISTIMEWAAN

2.1 Sumbangan bulanan adalah rendah berbanding dengan lain-lain insurans individu.

2.2 Pendaftaran adalah mudah dengan borang permohonan yang ringkas dan senang untuk diisi. Rujuk  Lampiran II.

2.3 Kerajaan negeri akan membayarkan 50% daripada sumbangan kakitangan-kakitangan yang layak  memasuki skim ini dan mod pembayaran adalah melalui potongan gaji.

2.4 Kakitangan diberi peluang untuk memilih perlindungan sumbangan bulanan yang sesuai dengan  keperluan dan bajet individu.

2.5 Kakitangan akan mendapat pengecualian daripada cukai pendapatan ke atas jumlah sumbangan  tahunan yang dibayar.

2.6 Semua kakitangan diberi pilihan untuk meneruskan perlindungan selepas meninggalkan syarikat/  organisasi. Sila berhubung PIBSB bagi maklumat lanjut.

2.7 Pihak Takaful Ikhlas akan menyediakan Sijil Penyertaan untuk setiap kakitangan yang menyertai Skim  ini.

2.8 Pemeriksaan perubatan tidak diperlukan bagi penyertaan dalam Skim ini.



3. KRITERIA KEMASUKAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN NEGERI SELANGOR DALAM SKTS 

3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Penjawat Awam Lantikan Tetap dan Kontrak yang  berasaskan waran perjawatan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).

3.2 Pegawai/kakitangan merupakan perlantikan Negeri atau Persekutuan yang berkhidmat di Negeri  Selangor dan emolumen dibiayai melalui Pejabat Perbendaharaan Negeri.

3.3 Penjawat awam yang bercuti tanpa gaji perlu membayar keseluruhan kadar insuran dan terputus  caruman kerajaan untuk tempoh cuti tanpa gajinya.

3.4 Caruman Kerajaan akan terhenti apabila penjawat awam tidak berkhidmat di Negeri Selangor,  bersara pilihan, bersara wajib, diberhentikan atau tamat kontrak yang mana satu berkaitan.

3.5 Penjawat dibenarkan membuat caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan dengan syarat, bakinya  dibayar oleh individu berkenaan.

3.6 Penjawat awam tidak dibenarkan memilih caruman yang lebih rendah daripada kategorinya yang  dibenarkan.



4.PENGECUALIAN

Pihak insurans tidak akan membayar apa-apa tuntutan bagi kematian atau kelilatan kekal menyeluruh dan pendapatan kemasukan ke hospital sekiranya ia berlaku atas sebab-sebab seperti berikut :


4.1 Kematian
      4.1.1 Membunuh diri.

      4.1.2 Jangkitan kuman HIV atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) kecuali  
               
jangkitan disebabkan oleh pemindahan darah.
  
4.2 Keilatan Kekal Menyeluruh
      4.2.1 Mogok, rusuhan, kekacauan awam, pemberontakan, peperangan (sama ada diisytiharkan ataupun tidak).

      4.2.2 Sedang dipengaruhi arak yang memabukkan atau sebarang narkotik atau dadah.

      4.2.3 Membunuh diri, percubaan membunuh diri (sama ada semasa siuman atau tidak siuman), perbuatan tak bermoral atau kecederaan yang disengajakan.

      4.2.4 Semasa memasuki, mengendali atau menservis, semasa naik atau turun, atau berserta apa-apa peranti atau pengangkutan udara, melainkan ketika pengambil insurans itu sedang berada dalam sebuah pesawat udara yang dikendalikan oleh sebuah penerbangan penumpang komersial yang sedang dalam perjalanan membawa penumpang mengikut jadual tetap dan yang melalui laluan membawa penumpang yang telah ditetapkan.

      4.2.5 Pembabitan dalam perbuatan yang melanggar undang-undang (kecuali sebagai suatu pihak yang tidak bersalah) atau keahlian mana-mana pertubuhan haram.

      4.2.6 AIDS atau kompleks/ keadaan yang berkaitan dengan AIDS.


4.3 Pendapatan Harian Hospital
      4.3.1 Kejadian seperti tercatat dalam pengecualian am terhadap kehilangan anggota badan akibat kemalangan.

      4.3.2 Penyakit yang berlaku dalam masa sembilan puluh (90) hari selepas polisi dikeluarkan.

      4.3.3 Penyakit yang berlaku sebelum polisi dikeluarkan.

      4.3.4 Pembedahan kosmetik atau plastik atau pembedahan gigi kecuali ia berpunca dari kecederaan disebabkan oleh kemalangan atau pemeriksaan am, pemulihan atau berehat.

      4.3.5 Rawatan mental atau psikik seperti neuropsychosis, schizophrenia dan lain-lain.

      4.3.6 Rawatan kerana Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau yang berkaitan dengannya.


Nota : Faedah Pendapatan Harian Hospital akan dibayar sekiranya peserta dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya satu (1) hari di hospital Kerajaan dan sekurang-kurangnya tiga (3) hari di hospital Swasta tetapi faedah dikira mulai tarikh kemasukan ke hospital.


5. LAIN-LAIN SYARAT

5.1 Kelayakan Umur
      Umur (pada tarikh lahir akan datang) peserta diantara 18 dan 54 tahun pada tarikh skim ini bermula.

5.2 Kelayakan Peserta
      Semua pekerja-pekerja, lelaki dan wanita sebagaimana yang telah ditentukan oleh pihak Syarikat. Sumbangan bulanan pasangan mestilah sama ataupun kurang dari sumbangan bulanan peserta.

5.3 Mod Pembayaran Caruman (Premium)
      Terdapat pilihan mod pembayaran caruman samada secara ansuran bulanan atau tahunan (sekaligus).

      Caruman akan dibayar secara kombinasi majikan dan pekerja (melalui potongan gaji bulanan).
      Contoh : 50% caruman oleh majikan dan 50% caruman oleh pekerja (nisbah 50 : 50).

5.4 Pembahagian Keuntungan 
      Sebarang keuntungan dari Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) dan net surplus dari Tabungan Akaun Taawuni (jika ada) akan diagihkan semula kepada akaun pelanggan (tolak 10% Caj Pentadbiran).


6.TATACARA TUNTUTAN

Sekiranya berlaku mana-mana kejadian seperti yang dinyatakan di bawah, pihak yang ingin menuntut perlulah memaklumkan berkenaan kejadian tersebut kepada PIBSB dan perlu mengisikan Borang Tuntutan yang telah disediakan. PIBSB boleh dihubungi di alamat seperti di bawah :


PNSB Insurance Brokers Sdn Bhd
24th floor, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 603-5519 3271   Fax : 603-5519 3280
Email :  
 inquiry@pnsbinsbroker.com.my


Langkah seterusnya adalah seperti berikut :


6.1 Kematian
Sekiranya berlaku kematian kepada peserta samada disebabkan oleh penyakit biasa atau kemalangan, dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada PIBSB :
      a) Sijil kematian
      b) Sijil Pengkebumian
      c) Borang tuntutan PIBSB
      d) Sijil asal polisi
      e) Laporan Post Mortem/Laporan Perubatan (sekiranya diminta oleh syarikat insurans)
      f) Laporan polis
      g) Bukti umur ( salinan kad pengenalan)
      h) Bukti pertalian keluarga/persaudaraan. Contoh sijil perkahwinan *
      i) Surat perlantikan jawatan dari majikan yang telah disahkan.*
      j) Slip gaji terbaru yang telah disahkan majikan. *
(* Dokumen-dokumen ini mungkin diminta sebagai dokumen sokongan bagi tuntutan yang dibuat)


6.2 Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
Sekiranya berlaku perkara di atas akibat daripada penyakit biasa atau kemalangan, dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada PIBSB :
     a) Borang tuntutan PIBSB
     b) Laporan perubatan daripada pihak hospital
     c) Laporan Polis (sekiranya keilatan adalah akibat kemalangan)
     d) Sijil asal polisi
     e) Bukti pertalian keluarga/persaudaraan. Contoh : sijil perkahwinan*
     f) Surat pengesahan status perjawatan dari majikan. *
     g) Bil perubatan asal, resit-resit dan sijil cuti.
(* Dokumen-dokumen ini mungkin diminta sebagai dokumen sokongan bagi tuntutan yang dibuat)


6.3 Pendapatan Harian Hospital
      a) Borang tuntutan PIBSB
      b) Salinan bil hospital yang telah disahkan.


6.4 Perbelanjaan Pengkebumian
     a) Nombor Sijil bagi polisi
     b) Nama Peserta dan nama yang menuntut
     c) Borang tuntutan PIBSB
     d) Sijil Kematian atau sijil pengkebumian

 



BORANG

::Download Borang Permohonan (Fail PDF)

 

 


Kemaskini pada 2018-01-15 12:09:29 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page