Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hebahan Rumah Terbuka PUSPANITA Cawangan Negeri Selangor 2024

Puspanita Selangor
PUSPANITA Negeri Selangor akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat PUSPANITA Negeri Selangor

Tarikh: 7 Mei 2024
Masa: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam

Semua ahli PUSPANITA Negeri Selangor dijemput hadir dan menyertai pertandingan yang diadakan sebelum acara kemuncak untuk penyampaian hadiah/sumbangan.

Ikuti Media Sosial rasmi PUSPANITA Negeri Selangor:

(Semakan maklumat keahlian anda secara kendiri/DIY di sistem https://ahli.puspanita.org.my)

Pertandingan Tiktok
Tema : Jenaka Hari Raya

>>Borang Penyertaan : https://ls.selangor.my/9cjXTE

Pertandingan Tiktok

Syarat Penyertaan:

1. Penyertaan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA di dalam Negeri Selangor
2. Penyertaan terhad kepada 3 orang dalam 1 video
(Boleh bergandingan dengan rakan, suami atau anak)
3. Durasi video tidak melebihi 3 minit
4. Tarikh tutup penyertaan pada 25 April 2024

Pertandingan Bintang PUSPANITA Selangor

>>Download Surat Jemputan & Borang Penyertaan

Pertandingan Bintang Puspanita Selangor 2024

 

Syarat Penyertaan:

1. Penyertaan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA di dalam Negeri Selangor
2. Yuran penyertaan adalah sejumlah RM10.00. Terhad kepada 20 orang peserta sahaja
3. Penyertaan hanya terbuka dari kalangan peserta amatur sahaja dan belum pernah merakamkan suara atau album dengan mana-mana syarikat rakaman
4. Pemilihan lagu mestilah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
5. Pemilihan lagu:
 a. Minus One - Pihak penganjur tidak menyediakan Minus One, oleh itu peserta digalakkan membawa Minus One semasa hari pertandingan
 b. Format Minus One : Thumbdrive (MP3, MP4)
6. Giliran peserta yang mengambil bahagian akan ditentukan oleh pihak penganjur
7. Peserta hendaklah berpakaian kemas dan bersesuaian serta tidak menjolok mata
8. Penyertaan terhad kepada 20 orang peserta terawal sahaja
9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 April 2024 (Jumaat)
10.Keputusan juri adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan
11.Pihak penganjur berhak melakukan sebarang perubahan sekiranya perlu

 

 

10.00 pagi - Ketibaan ketua-ketua jabatan, Pengerusi, Penasihat, Penaung dan ahli-ahli PUSPANITA Negeri Selangor

- Ucapan Alu-Aluan

- Pertandingan Akhir Bintang PUSPANITA Selangor 

- Penyampaian Sumbangan Kebajikan

- Penyampaian Hadiah-hadiah pertandingan

1.00 petang - Bersurai

*tertakluk kepada pindaan

 

Sumber : PUSPANITA Negeri Selangor


Kemaskini pada 2024-04-24 10:58:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page