Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

3 nelayan Myanmar ditahan di Kuala Selangor

KLANG, 19 Okt 2015 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Klang hari ini menahan tiga nelayan warganegara Myanmar termasuk seorang tekong di perairan Kuala Selangor, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjong Karang dekat sini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata dalam kejadian 8.20 pagi itu, sebuah bot nelayan kelas A dinaiki ketiga-tiga lelaki itu dikesan dalam keadaan mencurigakan dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong dan dua awak-awak berumur antara 18 dan 22 tahun bekerja di atas bot tersebut tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang diragui ketulenannya.

"Bot nelayan bersama tekong dan kru dibawa ke jeti Daerah Maritim Klang untuk disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu kesalahan melanggar syarat dalam lesen dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia secara menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Aliyas, walaupun keadaan laut ketika ini berjerebu Maritim tetap melakukan rondaan dan pemeriksaan bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang di laut.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau kecemasan di laut supaya menyalurkan maklumat kepada pihak Maritim di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim. -Bernama
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:03:43 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page