WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Sultan Selangor seru rakyat hayati khutbah Jumaat

Sultan Selangor seru rakyat hayati khutbah Jumaat

image
Sinar Harian sebelum ini melaporkan inti pati khutbah Jumaat di Selangor menyentuh tentang bahaya fitnah kepada individu, masyarakat dan negara.


13 Februari 2021 -  SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya umat Islam khususnya di negeri ini menghayati inti pati khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib di masjid seluruh Selangor pada Jumaat.


Khutbah bertajuk ‘Jangan Memfitnah’ itu menggariskan beberapa perkara penting termasuk melarang umat Islam menyebarkan fitnah dan berwaspada dengan sentiasa menyelidik berita yang diterima bagi mengelakkan tersebarnya gejala fi
 
Sultan Sharafuddin turut menegaskan isi kandungan khutbah tersebut yang mengingatkan bahawa pemfitnah merupakan individu yang bankrup di hadapan ALLAH SWT kerana tuntutan orang yang difitnah.

Teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu juga menyatakan perseteruan dalam kalangan pemimpin yang menggunakan senjata fitnah akan menjerumuskan negeri dan negara ke lembah kemusnahan.

Baginda juga bertitah, fitnah dan adu domba boleh menghancurkan harapan rakyat kepada pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh untuk mengharmonikan antara satu sama lain dan mentadbir negara dengan baik.

“Fitnah amat bahaya dan mesti dihindari kerana ucapan dan tulisannya boleh melahirkan sangkaan dan persepsi salah, membawa kebencian, persengketaan sesama sendiri serta mencetuskan permusuhan.

“Pembuat fitnah bukannya bimbang dengan kegagalan seseorang tapi sangat takut dengan kejayaan orang lain.

“Justeru permusuhan dan pembunuhan karakter ini pula bakal menjadi sebab musnahnya kerukunan bermasyarakat dan bernegara," titah baginda.

 

*Sumber : Sinar Harian Online


Kemaskini pada 2021-03-16 10:31:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356603 Tarikh Kemaskini : 25 04 24