WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara

Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara

image

 

Seorang lelaki warga Bangladesh yang positif Covid-19 maut ditikam rakan senegaranya dalam pergaduhan di kawasan rumah kongsi di Bandar Perindustrian Mahkota Banting pada Jumaat.


2 Mei 2021 - BANTING - Dua lelaki warga Bangladesh yang melarikan diri dan bersembunyi selepas terlibat dalam kejadian bunuh rakan senegaranya di kawasan rumah kongsi di Bandar Perindustrian Mahkota Banting di sini pada Jumaat akhirnya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian tersebut selepas menerima panggilan pada jam 9.14 malam.

Menurutnya, siasatan mendapati pada 28 April, pihak pengurusan kilang telah membuat ujian saringan Covid-19 terhadap semua pekerja asing yang tinggal di kawasan terbabit.

"Daripada jumlah itu, 30 daripadanya positif Covid-19 dan telah diasingkan (kuarantin) di satu tempat berhampiran dari rumah kongsi berkenaan.

"Bagaimanapun telah berlaku pergaduhan dan pertengkaran membabitkan lima lelaki warga Bangladesh yang positif Covid-19 hingga seorang mangsa maut, manakala dua rakannya cedera selepas ditikam menggunakan sebatang pemutar skru," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa berusia 44 tahun maut di lokasi kejadian akibat tikaman yang dipercayai mengenai jantungnya.

Tambah Azizan, pihaknya mendapati punca kejadian ekoran suspek yang mengeluarkan barangan kepunyaan mangsa (si mati) dari rumah kongsi tanpa kebenarannya.

"Selepas insiden pergaduhan terbabit, dua suspek itu kemudian telah melarikan diri.

"Dua suspek itu bagaimanapun berjaya diberkas polis kira-kira jam 3.30 pagi pada Sabtu selepas didapati bersembunyi di Taman Manggis Jaya, Banting," katanya.

Katanya, soal siasat dua suspek berusia lingkungan 40-an itu mengaku terlibat dalam kes terbabit.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

*Sumber : SInar harian online


Kemaskini pada 2021-05-17 14:32:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1424410 Tarikh Kemaskini : 19 01 25