WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti

Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti

image
Empat mangsa maut selepas kenderaan dinaiki terjunam ke bawah jejambat dan terbakar dalam kejadian di Kilometer 30.8 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) awal pagi Sabtu.

2 Mei 2021 - BANTING - Polis telah mengenal pasti identiti empat mangsa yang rentung selepas kereta dinaiki terjunam ke bawah jejambat dan terbakar dalam kejadian di Kilometer 30.8 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) awal pagi Sabtu.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

"Mangsa lelaki iaitu pemandu kenderaan dikenali Tan Hiang Hock, 30, beralamat Taman Seri Bunut, Banting adalah peniaga dan penumpang hadapan Tan Poh Hock, 22, beralamat Taman Yayasan, Jenjarom merupakan mekanik.

"Mangsa wanita pula dikenali Low Jin Wen, 18, iaitu seorang jurujual beralamat di Taman Muhibbah Telok Bunut, Banting dan seorang lagi iaitu Phan Thi Bich, 24, adalah warga Vietnam beralamat Taman Yayasan, Jenjarom," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

image

Empat mangsa maut selepas kereta dinaiki terjunam ke bawah jejambat dan terbakar dalam kejadian di Kilometer 30.8 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) awal pagi Sabtu

Azizan berkata, kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Mercedes itu dipercayai berlaku semasa mangsa yang datang dari arah Bandar Saujana Putra menghala ke Banting, hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan kereta itu terjunam ke bawah jambatan dan terbakar.

"Kes masih dalam siasatan dan saksi bebas telah dapat dikesan untuk direkod keterangan," katanya.

Sinar Harian melaporkan, insiden kira-kira jam 1.44 pagi itu menyebabkan kesemua empat mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terbakar.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

*Sumber : Sinar harian online


Kemaskini pada 2021-05-17 14:34:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1354926 Tarikh Kemaskini : 20 04 24