WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Sejarah Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat

Pejabat Daerah / Tanah merupakan salah satu organisasi terpenting di dalam sesebuah daerah. Fungsi utama ialah menyelaras dan mengkoordinasikan jabatan-jabatan di peringkat daerah untuk melaksanakan pembangunan fizikal dan sosial selaras dengan dasar-dasar pembangunan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

 

Sejarah kewujudan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat adalah berdasarkan bangunan pertama yang terletak di pinggir Bukit Jugra. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1876. Bangunan ini merupakan bangunan dua tingkat yang menggunakan batu granit dan teknologi terkini pada masa itu. Atapnya pula dibina dari atap genting yang sama dengan yang digunakan bagi bumbung Istana Jugra. Di dalamnya terdapat juga kemudahan bank dan mahkamah bagi memudahkan orang ramai berurusan. Kedudukannya yang terletak di lereng Bukit Jugra dan menghala ke Sungai Langat menjadikan kedudukannya amat strategik. Kapal-kapal pedagang yang keluar masuk dapat diperhatikan dengan mudah. Ia juga merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris yang menguruskan hal-hal kewangan dan perundangan negeri.
 

Pada tahun 1920, Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat telah berpindah ke Telok Datok sehingga tahun 1965. Bangunan baru bagi Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat telah siap dibina pada tahun1966 dengan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 200,000.00. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Y.A.B Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein Alhaj selaku Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada hari Ahad, 21 Mei 1967 bersamaan dengan 12 Saafar 1387 dan Pegawai Daerah pada masa itu ialah Tuan Abdul Rahim Bin Hussain.

 

Setelah lebih 42 tahun, (1966 - 2008) bangunan ini masih berdiri gagah memberi perkhidmatannya. Namun, perkhidmatannya telah menjadi lipatan sejarah setelah pejabat pentadbiran ini berpindah ke bangunan baru di Kota Seri Langat (Sg. Sedu). Bangunan baru yang mengambil rekabentuk Istana Bandar Temasya di Bandar telah mula dibina pada tahun 2004. Istana ini juga dikenali sebagai Istana 40 Bilik yang dibina dalam tahun 1899 oleh Almarhum Sultan Allaudin Sulaiman Shah. Pentadbiran ini berpindah ke bangunan baru dan memulakan operasinya pada 16 April 2008. Bangunan ini menjanjikan kawasan persekitaran kerja yang kondusif dan kemudahan yang selesa kepada kakitangan dan pelanggan yang berurusan di pusat pentadbiran ini.
 

 

image


Sumber : Buku Laporan Tahunan 2009 , Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat

 


Kemaskini pada 2016-06-06 18:11:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1350494 Tarikh Kemaskini : 29 03 24